Tuesday, January 31, 2012

Cebisan Sampah Kecil


"Something warm and wet slid out of my heart left eye and the right eye mirrored. Tears? My heart was crying? They trickled slowly out and fell freely down. What is this feeling? Some feeling that I have greeted before? Private literature again? Sometimes I feel like I'm useless, hopeless...So, I threw myself away. Hopefully I’m reborn. Someday…" - John Bear

Friday, January 27, 2012

Masa Rehat Tahap 1

Loceng berbunyi....
Tamat sudah segala janji
Hilang sudah semua erti
Terikat mati tersimpul rapi

Bila yang bisu mula bercerita
Bila yang buta menilai dengan mata
Bila yang pekak bersetuju menganggukkan kepala
Bila yang bodoh lantang bersuara

Dari awal kedepan dulu
Menang dengan bantu membantu
Keputusan akhir dengan nafsu
Bersorak riang para penipu

Masa rehat cuma seketika
Berbunyi loceng bermula agenda
Biar yang cetek mengaku juara
Tanpa sedar bencana menantinya

Aku mohon menyepi dahulu
Menyusun kemas setiap langkahku
Andai si Gila yang engkau mahu
Baiklah,aku turuti kemahuan itu

Bila pulang kekelas nanti
Perut yang lapar sudah terisi
Bermula cerita episod benci
Dendam lama terus menanti

yaa...aku masih disudut itu,memrhati dan terus memerhati...

Monday, January 23, 2012

Benci

Benci? 
Istilah mudah untuk dikongsi
Perkataan ringan untuk difahami
Aku dibenci kerana membenci
Membenci sesuatu yang tak pasti
Membenci mereka yang berdosa pada diri
Membenci dosa yang mereka kagumi

Mereka membenci aku bila dipuji
Mereka membenci aku kerana mengingati
Mereka membenci aku kerana mendominasi
Mereka membenci aku kerana disayangi
Mereka membenci aku kerana dihormati
Mereka membenci aku kerana menasihati

Mereka benci bila aku jadi diri sendiri
Bertambah benci bila aku mencari Illahi
Semakin benci bila kumpulan mereka dimaki
Malah menghasut mereka yang menyayangi
Agar lebih bersatu percaya dan yakin pada diri
Untuk bersama membenci diri ini

Aku amati dan aku mula mengerti
Cuma yang cetek terus membuta tuli
Cuma yang buta terus meraba sendiri
Cuma yang pekak terus menuli
Cuma yang bisu berbicara sunyi
Cuma yang menghargai akan memahami
Cuma yang menyayangi akan kekal disini

Yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




Thursday, January 19, 2012

Ujibakat Minah Urban 3

 Syarat-syarat penyertaan:
  • Berumur diantara 15-35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Berpakaian seseksi mungkin
  • Sila bawa bersama gambar berukuran pasport
 Kriteria yang kami mahukan:

Anda berperwatakan menarik?
  • Mampu memakai mini skirt, hotpants dan spaghetti menonton wayang di tengah malam? 
  • Mampu untuk menggunakan DP yang menayangkan cleavage di BBM, FACEBOOK dan TWITTER?
  • Berpesta dan mabuk semasa ladies night di club-club yang berhampiran? 
  • Mengenakan make-up tebal sepanjang masa? 
  • Berkaraoke berpasukan sambil menyanyikan lagu lady gaga beramai-ramai sambil menari macam orang gila? 
  • Menghabiskan beribu ringgit untuk aksesori kecantikkan, pakaian, handbag, kasut dan bermacam lagi?
  • Bercuti ke pulau dengan pasangan masing masing dalam kumpulan dan mengupload gambar secepat mungkin di facebook? 
  • Boleh bertolenrasi dan menyokong ideologi gay dan lesbian? Bangga melakukan dosa?
  • Agama cuma sekadar tulisan kecik di kad pengenalan? 
  • Mampu bertahan sehingga pagi melepak di mamak berpakaian sexy sambil ketawa besar dan cuba menarik perhatian orang dimeja sebelah? 
  • Merancang perkhawinan dengan jejaka kacak tanpa akidah di hotel 5 bintang ataupun di atas sebuah kapal mewah? 
  • Tak peduli langsung ilmu agama dan langsung tidak memikirkan masa depan?
  • Membenci golongan minah bertudung dan yang kurang berkemampuan? 
  • Mempunyai perancangan yang rapi untuk kumpulan xoxo anda setiap hujung minggu?
  • Sering menyalahkan individu lain bila terjadinya masalah? 
  • Bercakap macam nak taknak bila berurusan dengan orang yang tidak hensem dan kurang kaya? 
  • Mempunyai corak dan pilihan bahasa yang sama dengan celebrity dari barat? 
  • Sering bergambar di tempat-tempat exlusive, dalam kereta mewah dan cermin-cermin butik dengan bibir dimuncungkan?
  • Tidak peka dengan isu-isu semasa dan cuma pentingkan dunia popular, gossip dan fashion? 
  • Mempunyai minat yang mendalam terhadap dadah terlarang, laughing gas, dan lain-lain?
  • Sering mengenakan pakaian dan aksesori bilik yang berwarna pink?
  • Sering bertukar boyfriend bersilih ganti tanpa jemu dan sering dilabel minah gedik?
  • Terpekik-pekik ketika bermain sukan?
  • Mengaku die hard fans pasukan gergasi bola sepak Liga Inggeris?
  • Menghabiskan wang ibubapa anda di kolej-kolej swasta?

Anda lah yang kami cari!!! Sila hadir ujibakat kami di lokasi-lokasi zon tengah berikut:
  • Masjid Negara Kuala Lumpur
  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
p/s Sila bawa bersama telekong, sejadah sendiri dan sekeping taubat berukuran 4R =)




Tuesday, January 10, 2012

Agama Tontonan

Sorry la kalau tulisan aku lebih keras dari yang biasa, lebih cuka dari gula, lebih pedas dari lada, lebih berbisa dari anaconda. Aku mula memerhati, agama dijadikan aksesori, pakaian sementara aset bangga diri, yang dulunya sampah, kini mengejar Illahi, yaa..aku aku kagumi, tapi bukan begini, bukan caranya untuk menghakimi. Baru belajar erti solat, baru belajar menyimpan janggut, baru belajar menggentel tasbih, sudah cukup kriteria menghukum di dunia ini?

Sapa kamu? atau lebih jitu, sapa kamu dahulu? berpesta dimalam minggu minggu, private party just untuk kawan-kawan saja tahu, berpakaian sexy waktu tidak menentu, kononya selesa itu alasan mu, merempit bila mahu, biji, dapur, balut semua itu teman sejatimu, arak minuman rasmimu, bercampur lelaki dan perempuan berpesta sapa tahu? dan sekarang kau mahu menghukum aku?

Baru berjemaah 5 waktu, baru tahu sunnah yang perlu, baru belajar erti taat, baru baca yassin malam jumaat, baru bezikir sepanjang waktu, baru berjubah putih selalu, baru wangian tanpa alkhohol disapu, kini AHLI SYURGA kau mengaku? Tenang teman, terlalu jauh lagi perjalananmu, terlalu banyak ilmu yang belum kau tahu, jangan terlalu bangga dengan perubahan mu,cepat kau melulu, makin cepat lah ianya berlalu. Ikhlas itu jalan yang pasti, banyak mana pahala pun tak guna kalau menipu diri sendiri, kalau cuma dambakan pujian peribadi, jangan mudah berbangga dengan sesuatu yang tak pasti, baru berubah sikit, dah berlagak macam ahli masjid, baru orang puji, dah mula lupakan bumi, yang seronoknya menghukum dengan bagi contoh diri sendiri?

Bagus untuk berubah, jangan jadi macam gagak dengan rubah, kisah klasik yang kini jadi sejarah, bila lupa diri bencana menimpa, kerana bangga diri makanan jadi sedekah, baru kena puji terus lupa pada diri, gagak jadi bodoh daging terpisah dari gigi, rubah bawah pokok, tersenyum berseri-seri, sebab puji, gagak mula menyanyi, dikatakan suaranya indah seperti mentari pagi, bertindak bodoh memakan diri, rubah yang kenyang berlalu pegi. Kisah yang baik untuk buat pedoman, sekadar ingatan dari seorang teman, agar tidak sesat ketika mencari jalan, bukan kah agama itu ingat mengingatkan?

Tak apa lah, biarkan aku disini, mencari dan mengenal erti diri, bergurukan kehidupan sehari-hari, agar aku tidak lupa janji pada Illahi, agar aku tabah menghadapi hidup ini, agar aku redha dengan ujian diberi, bagus lah kalau kau dah berubah, jangan nanti bila rebah, kejalan lama juga kau redah. Islam itu mudah, belajar lah mencari keikhlasan dan tidak salah untuk hidup bersederhana kan?

yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...

Friday, January 06, 2012

Garisan Pemisah Keikhlasan

Semalam aku berbicara tentang kehidupan, tentang perjuangan dan erti pengorbanan. Definisi pengorbanan itu luas dan ada kalanya bermakna atau sia-sia. Kenapa ada diantara mereka yang sanggup berkorban hingga membabitkan nyawa? hingga tunggang langgang hidup harian mereka? hingga kabur perjalanan hidup mereka? Apa yang mereka rasa? Apa yang mereka cuba buktikan? Lumrah kejadian manusia itu berbeza, tujuan asal pengorbanan itu juga kadang kala pelbagai corak, agenda dan  muslihat. Ada yang mengejar nama, ada yang cuba menarik perhatian, ada yang cuma ikut-ikutan, ada yang untuk kepuasan tapi tak semuanya bertulangkan ikhlas kan?

Mengapa berkorban bila tidak dihargai? Mengapa berkorban bila untuk dibenci? Mengapa berkorban bila mahu mengeluh itu ini? Orang boleh bercakap, bercerita, malah lebih ramai yang menghukum tanpa tahu isi cerita sebenarnya. Mengapa mereka tidak mahu bertanya? menyelami rasa atau bertukar rahsia? Biarkan mereka mencari jalan mereka sendiri, kepuasan mereka sendiri, andai pengorbanan itu bermakna, segala yang dihajati akan dipenuhi, jika tidak, biarkan lah ia terkubur sunyi.

Satu hari nanti, mereka akan duduk disudut ini, menyaksikan kebodohan yang mereka perjuangkan, kesungguhan yang sia-sia dan pengorbanan tanpa makna. Sudah lah hati, berfikir dan kembali lah memuji, sudah lah menanti janji yang tak pasti dan sudah lah menunggu yang bukan milik diri. Berkorban? perlu bila hala tujunya pasti, perancanganya terperinci, dan rasa itu dihargai. Behenti lah menyakitkan diri, membunuh segala memori, dan berkurung mengharapkan simpati. Andai esok masih ada lagi, bangun, bersyukur dan ayuh berlari, kembali mengejar cita-cita tak pasti untuk mereka yang lebih menghargai.

yaa...aku masih diudut itu, memerhati dan terus memerhati...



Wednesday, January 04, 2012

Minda Separa Sedar

Sakit...sakit itu datang lagi, tapi kali ini lebih lama dari biasa, lebih dalam dari yang sebelumnya dan lebih pedih dari yang dijangka, disaat mereka lena dibuai mimpi indah, aku terjaga, disaat mereka nyenyak mencukupkan bilangan jam tidur mereka, aku keliru mencari yang nyata, mana satu mimpi? mana satu realiti? mana mungkin hidup dalam dunia ciptaan sendiri..yaa..ianya mungkin indah tapi takkan kekal abadi, aku gelisah mentafsir mimpi, mendengar minda berbicara pada diri, cuba mencari yang kian menyepi, siapa aku? kenapa aku disini? kenapa aku terjaga ditengah malam begini? Ternyata semua serba tak kena, bila yang betul ditukar salah, bila yang sayang berganti dendam dan bila yang lurus disimpul mati.

Mungkin Tuhan sedang berbicara terus, mahu aku menilai kehidupan dari sudut yang lebih tepat, untuk buatkan aku lebih sedar agar tidak tersasar, masa itu cukup lama, aku terdiam terpusing-pusing mencari posisi asal atau mungkin lebih selesa untuk melelapkan mata, jam berdetik, namun semakin banyak persoalan menerjah ruang fikiran, bahasa sunyi itu indah, tapi kadang kala cukup untuk merentap jiwa, sampai bila? sampai bila sakit ini akan datang dan pergi? atau selamanya menghantui diri? 

Kehadapan tenang, aku mengerti hasratmu, aku faham benar maksudmu, kita pasti bertemu satu hari nanti, bila illusi menjadi pasti, bila yang bisu berbicara kembali, bila yang hilang kembali berseri...

yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...








Tuesday, January 03, 2012

Hanya Kata

Alhamdulillah...Akhirnya aku mula menulis,coretan remaja biasa dengan cebisan iman,bukan diari harian minah gedik yang dambakan perhatian. Terima Kasih untuk adik aku yang setupkan page blog ni. Bukan tak reti,cuma mereka lebih arif dan pasti dengan aksesori dunia masa kini.

Hari ini bermula cerita, suara dari bawah yang cuba menongkah arus dunia, suara hina yang bermain dengan kata-kata, suara duka yang mengubah seribu corak rasa. Dari sebatang pen dan harapan, kini aku mula mengetuk keyboard dan mula berjalan kedepan. Herdik, cerca, benci, iri hati, dengki menjadi pembakar jitu untuk aku meluncur lebih laju. Terima kasih buat si musuh keranamu aku makin kuat, tak berganjak walaupun sedikit, hari ini aku disini, cuma dengan kata membunuh segala yang tidak pasti, yang tidak benar dan yang cuma sekadar berjanji. Aku menilai dari sudut berbeza, dari sudut seorang aku, yang berlainan budaya minda dan berbeza gaya bahasa.

Selagi aku mampu, aku akan menulis, menulis sekadar berkongsi rasa, berkongsi pengalaman, berkongsi dosa, sekadar mahu mengingatkan diri, agar tidak kembali mengulangi kesilapan sama berulang kali. Aku pernah dibawah, dicampak ketepi tanpa sebarang tanya, yaa..aku pernah kesudut hitam itu, lebih sunyi dan semuanya hampir tak pasti, tak semua orang pernah kesana, dan tak semua orang pernah disini, oleh itu, kita berkongsi, didunia sementara ciptaan Illahi, agar tidak sesat bila pulang nanti...

yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...