Tuesday, January 22, 2013

Kau tahu?

Kau tahu
aku ada masa kau berduka
saat air mata itu sebati dengan tanah

Kau tahu
aku ada masa kau gembira
saat hilai tawa mu itu megah mengunyah masa

Kau tahu
aku ada masa kau kecewa
saat kau mahu gadaikan nyawa dan dunia

Kau tahu 
aku ada masa kau berjaya
saat kau meniti awan tanpa sebarang resah

Pernah kau tahu?
aku ada dalam semua waktu?
tapi kau tak peduli dan tak pernah perlu aku?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




Thursday, January 10, 2013

Ah Moi

Biar sepet mata
Janji dia jelas lihat dunia

Biar pelik bahasa
Janji dia faham makna rasa

Biar merah rambut
Janji dia tak kelam kabut

Biar singkat baju
Janji dia tak cetek ilmu

Biar leper dada
Janji dia kenal mana pahala

Kau siapa nak hukum dia ke neraka? 



yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati