Thursday, March 29, 2012

Seloka Hati

Lambung hati ini
Lambung tinggi-tinggi
Bila jatuh nanti
Biar berkecai tanpa nadi

Sepak hati ini
Sepak laju-laju
Bila jauh nanti
Biar berparut luka seribu

Koyak hati ini
Koyak banyak-banyak
Bila hancur nanti
Biar pilu berteman sebak

Campak hati ini
Campak jauh-jauh
Bila hilang nanti
Biar menangis jangan mengeluh

Kisar hati ini
Kisar lumat-lumat
Bila hancur nanti
Biar memori kita ingat


Yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Sunday, March 18, 2012

Luka

Kadang kita sering dengar tentang orang yang suka cederakan diri sediri, dalam istilah inggerisnya, "self-harm". Dah terbiasa jadi amalan masyarakat kita untuk mudah mentafsir dan menghukum tanpa perlu memahami terlebih dahulu kenapa dan mengapa. Ketika aku menulis entry ni, aku berada pada kedudukan waras dan tidak berada dibawah pengaruh alkohol mahupun dadah. Setelah aku amati dan cuba membaca sebanyak mungkin tentang permasalahan ni (sorry ayat aku berbaur ahli parlimen ) apa yang aku jumpa agak berbeza dengan apa yang orang lain nampak. Orang yang toreh-toreh tangan, telan panadol 100 biji, hantuk kepala kat dinding, minum racun dan banyak lagi cara yang digunakan untuk sakitkan diri dengan rileknya akan dikategorikan GILA. 

Dari kajian psychologynya, ianya dikategorikan sebagai gangguan mental. Tapi macam biasa la, kita ambik contoh pentadbir negara, kita takkan tau macam mana peningnya dia nak jaga kedudukan dia sampai banyak benda dia kena buat tak kira sama ada betul atau pun salah untuk make sure dia terus kekal kat tempat selesa yang dia ada sekarang. Macam tu jugak situasi ni, ada cara positive dan cara negative. Aku memandang benda ni as luahan emosi. Aku bagi contoh, sangat sakit rasanya dikhianati dan patah hati, tapi kat mana sakit dia? kat hati? kat jantung? kat esophagus? atau mungkin di bucu kotak minda? Sakit ni sukar dikesan dimana ianya bermula. Sakit yang tak tau kat mana, tapi sakit yang sangat-sangat. Maka dengan cara yang paling mudah untuk mengexpressi rasa bagi sesetengah manusia yang tuhan jadikan terlampau berani ialah cederakan diri sendiri. Sebab tak dapat tahan sakit yang ada dalam diri, dia cuba untuk cederakan diri sendiri dan tengok sendiri macam mana sakit yang dia cipta depan mata sendiri. 

Sekurang-kurangnya individu itu tau sakit tu dari mana and bila dia tumpu kat sakit yang dia sendiri cipta tu, kononya dia dapat alihkan pandangan dari sakit yang tertanam entah dekat mana dalam diri dia. Antara kecenderungan terjadinya masalah ni, sebab orang yang alami situasi ni, dia perlukan perhatian. Tak semestinya kalau dia happy 24 jam, and mampu buat sapa-sapa dengan dia happy, dia langsung takdak masalah kan? Apa yang mampu kita buat, kita dekati orang-orang yang macam ni, jadi peneman dia seketika, jadi telinga yang setia, jadi teman berbicara, jadi medium meluah, sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk salurkan kesedihan dia dengan cara yang lebih baik, pendekatan yang terbaik ialah untuk tolong selesaikan masalah dia. Bukan bila kita punca masalah, dan kita tau apa yang mampu orang tu buat, kita lagi push dia untuk jadi lebih merepek. Dah la dia takdak sapa nak share, sebab tu dia sakitkan diri dia, tup tup orang tuduh gila. lagi tak betul la jadi individu tu nanti. Mudah betul manusia sekeliling mentafsir dan menghukum manusia tanpa peduli untuk bantu pun. 

Kalau negara mana-mana kena tsunami kalut bercerita kesian, jenuh tweet and update status simpati, nak hulurkan bantuan la, apa la, tapi situasi yang macam ni, yang cuma perlu korbankan sedikit masa ja pun, itu pun kita tak mampu nak tolong? Jadi la seorang manusia yang memahami dan bukan mementingkan diri sendiri, bukan semua orang mampu bercerita, kadang dia simpan rahsia dan duka dia disebalik senyuman dia sebab dia nak orang lain ketawa, kalau dah nama kawan, tak salah kita bertanya apa sebenarnya yang dihadapi oleh orang tu kan? Janji tuhan, "sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusanya didunia dan akhirat". Babe, ni janji tuhan kot, bukan janji ahli perwakilan parti politik atau pun janji pengerusi JKKK kampung. So, sentiasa berperansangka baik. Btw, LUKA dijari nampak, LUKA dihati? Siapa yang tau?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Monday, March 05, 2012

Dia Bukan Tuhan



Ustaz Azhar Idrus bukan tuhan! Statement yang jelas menyakitkan, tapi ni hakikat, bila agama diterima sekadar satu fenomena, just sebab tengok youtube, nak bercerita pasal agama tak payah la mike, hukum-hukum agama tu dah lama wujud, just selama ni kita tak pernah kalut nak heran pun, tapi bila dah semua orang post video, tiba-tiba kita declare kita beragama just dengan secubit ilmu yang kita dapat dari video tu? 

So, lepas ni kalau fenomena dia dah abis, agama pun abis la kot kan? Bagus untuk berubah, tapi bukan bermusim, bagus untuk mengingatkan tapi bukan jadi hakim. Seronok tengok brader-brader urban berambut kaler sembang kemaih bab agama yang depa balajaq dari youtube dan post status berbaur Islamic untuk tarik perhatian orang. Igt brader, apa guna Ilmu tanpa Iman, dan apa guna Iman tanpa Amal.

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Friday, March 02, 2012

Revolusi Internship

Memandangkan aku seorang sahabat yang prihatin dan benci kawan-kawan aku nampak macam bangang di mata majikan tempat mereka menjalankan ibadah praktikal. Aku terpanggil untuk memberikan beberapa tips, walaupun aku tahu penulisan ini takkan membuatkan aku tercalon untuk tokoh Maal Hijrah UiTM mahupun melayakkan aku untuk mendapat pingat Jasa Pendamai mana-mana negeri, aku tetap tampil untuk membantu, aku sedar, aku tak pernah sekali pun ke parti orang-orang pandai (Majlis Anugerah Dekan) tapi, persoalannya, kemanakah dekan-dekan tu semua pergi? atau ilmu tu memang bukan untuk dikongsi? Haaa...biar la yang tak dekan ni tolong apa yang mampu, mungkin dekan-dekan yang lain sibuk menyiapkan diri untuk temuduga pemilihan angkasawan Negara sesi kedua nanti. Tanpa berdolak dalih lagi, ayuh kita mulakan!

1. Sentiasa kelihatan meyakinkan pada hari pertama.
Sebenarnya agak mengelabah dan tidak fair bagi aku untuk menilai seseorang dengan penampilannya tanpa tahu terlebih dahulu ilmu dan kebolehannya. Tapi nak buat macam mana, tak semua manusia menilai macam aku menilai, dan masyarakat kita terutamanya yang berusia dah terbiasa macam tu, takpa la, hari firstkan, ikutkan saja. So, ingat, meyakinkan, bukan dressup macam nak ke club atau party-party liar, tu bukan meyakinkan, tu menghairahkan. Sebab kadang kala pakaian pun boleh jadi isu, biasanya benda ni sinonim dengan perempuan, aku tau kadang ada yang badan berpotongan gadis filem biru, kalau boleh nak bagi semua orang nampak benda tu, tapi bersesuaian la dengan situasi, sopan dan simple tu cantik, tak payah beriya-iya dan berlebih-lebih, supaya nanti tak menimbulkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak, tak semua orang boleh terima cara kita berpakaian, kalau kawan-kawan okay la kot, tapi kalau makcik-makcik? Kalau pakcik-pakcik gatai mungkin la mereka okaaaaay sangat. Kalau nak "dress to kill" tu kat luar-luar dah la kot, jadi sentiasa ingat, perlu bersesuaian dengan situasi, bukan suruh jadi hipokrit, tapi menghormati.

2. Sentiasa bersedia untuk segala tugasan dan pengetahuan yang baru.
Kadang tanpa kita sedar, kita dilabel bangang, sangat manja dan tidak bersedia dari jawapan kita, aku bagi contoh, Kakak: "Dik, kau tolong photostat benda ni".Budak Intern: "Errr...sorry la akak, tapi kat rumah saya takde mesin photostat la, pastu masa kat universiti pun saya bagi je kakak kat kedai photostat tu yang tolong buatkan". Ni la contoh jawapan bangang dan kurang membina, sebaliknya Budak Intern: "Baik lah akak, saya cuba, tapi terus terang saya cakap saya jarang sangat guna mesin ni, akak boleh tolong ajarkan?" (dengan senyuman seindah mentari pagi). Untuk firstime, mesti dia ajarkan, tapi kalau kakak tu marah, maknanya dia yang ada masalah, mungkin dia sedang menghadapi krisis pertengahan usia. Kalau dah 40 kali still nak dia ajar, anda sememangnya layak dimaki. So, sentiasa bersedia, tak sure, tanya kawan-kawan yang reti, atau orang-orang sekeliling, abis bangsat pun google la. Tapi AWAS! Jangan sesekali berlagak reti, power dan budget pandai gila babi sebab confirm orang naik meluat nanti.Contoh jawapan, Budak Intern: "Ahhhh! senang je ni kakak! suruh adik saya pun dia reti benda-benda macam ni" (sampai kat mesin photostat,terkebil-kebil tak reti kat situ). Jadi untuk sebarang situasi, boleh aplikasikan dengan jawapan-jawapan yang lebih membina.

3. Sentiasa bermanis muka dan jauhi politik office.
Sebagai mana yang kita ketahui, semasa di fakulti pun kita ada geng-geng kita sendiri, yang tak brapa nak okay dengan geng satu lagi. Kat office pun akan ada geng-geng tertentu, pandai-pandai lah bawak diri, jangan nanti kat yang cantik, lawa, hensem senyum sampai telinga. Kat yang tua-tua perut buncit, muka berkedut, buat muka macam tengah kulum gula-gula nano-nano. Biar la adil, tak rugi pun, lagi pun senyum tu kan sedekah? Kalau tak takkan Malique dengan Najwa buat lagu Senyum kan? Kalau ada kita dengar cerita pasal orang tu, orang ni, tak payah la rajin nak campur, cukup sekadar dengar, lepas 3,4 kali dah cerita, kita takdak respon yang menyokong atau menbantah, lama-lama senyap lah dia, kalau kita mudah berpihak pada siapa-siapa, sentiasa ingat balik tujuan kita masuk situ, ni bukan rancangan BOLOS yang kita nak kena pilih team merah ka, biru ka, lepaih tu nak bolos saja dinding itu? So, jadi neutral untuk lebih selamat. Kita kat situ nak belajar sebanyak mana yang boleh, kalau nak masuk geng mana-mana, baik berenti dan sertai mana-mana parti politik tempatan ataupun sebahagian pasukan multi level marketing.

4. Jangan malu untuk bertanya
Ni benda yang selalu kita buat, aku bagi contoh, kita masuk mana-mana kedai, tengok barang ni cantik, tapi takdak harga, pastu orang ramai dalam kedai tu, disebabkan atas dasar malu, kita pun melupakan hasrat kita untuk beli benda tu sebab malu. Adoooi...ni masalah, if kalau malu sangat pun susah jugak kan? Kalau ada benda yang tak clear, tak brapa nak faham, jangan malu, jangan segan, tanya. Tanya dan mengada-ngada jauh berbeza, kalau benda dah tau nak tanya jugak, tu nama dia mengada-ngada. Jadi sila elakkan. Kita tengok dulu, dengan sapa kita berhadapan dan macam mana cara orang tu, Sesetengah orang dia tak suka kita tanya, yang dia tau, kerja tu siap. Tapi sesetengah orang pulak dia suka kita bertanya, supaya dia boleh bercerita dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara tu. Pandai-pandai lah tengok macam mana orang yang kita berhadapan tu. Pernah tak baca paper, dia tulis seorang remaja mati dicekik kerana bertanya? takdak kan? haaa...oleh yang demikian bertanya jika kurang pasti.

5.Jangan mengelabah dan mencapap(mencari publisiti murahan) 
Bagi aku ni part yang paling penting dan kerap-kerap kali orang buat. Belum pun start Intern, dah ada status kat twitter ke, facebook ke, "Eeeee...takutnyew nak start intern kat ASTRO esok! Wish me luck k kawan-kawan?" Sorry to say la, but u guys make ur self look like a stupid! Ni pendapat aku, rilek sudah, tak payah nak mengelabah lebih la, intern ja pun kan? Lepas tu dah ada kerja kena buat, snap gambar, post kat facebook, "this is my first presentation" Apa yang cuba nak bagitau ni? Power gila boleh buat presentation?Tapi kawan-kawan yang lain tak berpeluang buat macam tu? Tak pun status macam ni "penatnyew kerje hari ni, banyak sangat kene pg merata-rata la...boss ni kan, saje nak manje-manje dengan I lettew" Ni sumpah fucking bimbos bodoh yang langsung tak berfikir bagi aku, seriously, kita kat situ nak belajar sebanyak mungkin tau, bukan nak berlagak sebanyak mungkin, salah ke kalau kita humble? cool sikit? tak berlagak? tak show off nak tunjuk banyak mana kita buat kerja? kalau nak berkongsi tak salah, tapi bukan macam ni la cara dia. Bersederhana tu lah yang terbaik, ingat lah, kita just intern kat situ, bukan CEO, kita dinilai dengan sejauh mana kita boleh buat kerja, bukan sebanyak mana kita mampu post update kat facebook tentang perjalanan dan perkembangan company kita. Banyak mana kita post pun, ianya takkan menjamin kita untuk dapat kerja kat tempat intern kita tu. Aku cakap berdasarkan fakta dan bukti. Percaya la, kalau tak, try la gedik-gedik macam tu nanti.  Bak kata adik aku, mohon jangan gedik sampai mintak debik.

Jadi ni just 5 tips peringkat permulaan, aku akan sambung tips-tips yang lain dalam Revolusi Internship part II. Sentiasa ingat kita bawak nama Intitusi Pendidikan kita, nama baik keluarga, dan kita bawak nama kita sekali. Biar orang nilai kita atas pencapaian kita dan bukan penyampaian kita. Jangan sebab kerana kita bangang seekor, habis semua lecturer dan kawan-kawan kita semua turut bangang sebelanga. Semoga bertemu lagi dilembaran seterusnya, John Bear out!

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...  

Thursday, March 01, 2012

Freaking Psycho Maniac

Ok, hari ni satu haribulan, aku tak tulis entry ni sebab aku abang long tiga line atau pun polis berpangkat sarjan. Dikala orang lain seronok membanjiri restoran-restoran mahal dan gembira berbelanja wang bonus mereka, aku pula sibuk bertanya pada diri tentang kehidupan. Bunyinya agak dramatik dan kurang normal. Aku jarang menulis dengan corak penulisan seperti ini, tapi tah, rasa nak menulis jadi, aku tulis. Aku kadang-kadang tertanya, macam mana pandangan aku di mata manusia, mungkinkah orang gila yang mempunyai cita-cita, atau remaja bodoh yang tak punya apa-apa harta? Tak mengapa lah, hak mereka bukan? Sering disalah erti tu dah jadi makanan ruji aku, cakap macam ni, orang ingat macam tu, bagi cadangan, orang cakap nak tunjuk pandai, cuba berubah, orang cakap pura-pura, cuba nak membantu, orang kata ada makna la tu.

Ternyata aku tengok benda dari sudut yang teramat berbeza, yang membuatkan aku sering dituduh gila. Tapi ada setengah-setengah tu, masa susah baru la nak cari si gila ni. Kesimpulan yang aku boleh buat, orang kita ni ramai menilai dari apa yang mereka nampak, compare dari apa yang mereka tahu. Aku bagi contoh, sebab aku selekeh, aku ada ideologi aku sendiri, aku menulis untuk mengexpresikan rasa, berpewatakan kurang malu, aku datang dari keluarga sederhana, banyak bercakap dan mempersoalkan benda-benda yang orang tak pernah peduli nak fikir, suka mengkritik kesimpulan dia GILA. Aiseeeyyyy...kalau yang stakat skolah rendah ka, sekolah kampung sampai darjah 3 ka, aku boleh lagi la abaikan, sebab mungkin dia tak terdedah pada dunia dan tak boleh nak nilai dgn nyata. Ni ada yang blajaq tinggi, pegawai kerajaan, anak-anak orang berjawatan tinggi dan berada, isteri dan suami solehah, orang-orang cerdik pandai agama, lulusan luar negara, skorer-skorer dan dekan-dekan setiap semester dan ramai lagi lah. Takkan mudah sangat mendifinisi manusia seperti aku macam tu? Kamon laa..u guys are much more better then this! 

Ok, mungkin aku kena berpenampilan kemas, rambut terurus rapi, diwarnakan sedikit bagi menampakkan ke modenan dan mengikut arus semasa, duduk dan bersembang pasal clubbing, kereta, gadis, arak, judi, zina, freemason, illuminati, video bodo youtube, cerita celebrity barat, fashion, masalah cinta orang ni, masalah cinta orang tu, gadget-gadget canggih, jenama-jenama masa kini, drama romantik terkini tv3, then lepak sampai ke pagi, subuh baru balik, sentiasa mengikuti peredaran zaman, ulang balik benda yang individu lain persoalkan macam burung kakak tua, atau cerita yang mereka dengar dari mana-mana,dan berlakon macam dia sendiri pecah kepala fikir benda tu, berkata-kata manis, kacak (ni bonus la), berkereta mewah hasil dari usaha bapak, duit yang sentiasa banyak, romantik (dengan tujuan), serba serbi tahu semua benda dan up to date. So, ni la yang di klasifikasikan sebagai contoh lelaki normal? ni yang terbaik untuk semua orang jadikan penanda aras bagi melabelkan seseorang itu normal atau pun tidak? Kadang aku pelik bila gay dan lesbian diterima dalam group-group tertentu sebagai normal? Sapa yang gila sebenarnya ni? 

Aku tak kata sapa-sapa, dan jarang kata kat orang tanpa sebab tertentu, tapi mentaliti kita dah nyata terpesong, contohnya lagi, orang bagi salam kat kedai makan, kita ingat orang nak mintak sedekah? Apa ni? kalau orang tak kemas dan takdak rupa sikit kita tuduh dia takdak prinsip hidup? Takdak wawasan dan takdak cita-cita? Bagi yang melabel orang dari segi macam tu, sudah-sudah lah, kenal dan dalami dulu isi hati dia, dengar sendiri cerita dan ilmu yang dia ada, baru nilai dia, aku tau, sebelum aku berhadapan dengan masalah ni, since dulu lagi dah ada masalah ni, berapa ramai rockers yang di label sampah masyarakat dulu, tapi diangkat sebagai lagenda rock terhebat masa kini? 

So, ni bukan isu baru lagi, just kesedaran amat ditagih, bukan untuk aku, tapi untuk generasi akan datang yang confirm-confirm mesti ada sorang dua bakal dicop dengan label yang sama, tak perlu lah memuji, jauh sekali mengharap simpati, tapi cukup la sekadar memahami golongan di luar kotak ini, tak mintak pun saudara dan saudari meninggalkan kotak selesa itu, cukup lah sekadar tidak mudah melabelkan seseorang sebelum kita betul-betul faham dan mengenali dia lagi, cukup sampai disini dahulu, terima kasih buat mereka-mereka yang buat aku sendiri kadang kala bertanya pada diri aku, gila kah aku? tak normal sangat kah aku kerana aku menulis? Takpa la, aku tak lekang dek kata-kata dan tak mati dek hina. Kalau itu cuma cara yang boleh buatkan mereka bahagia, ketawa dan yakin mereka majoriti yang benar dan bijak mengadili. Aku tak perlu jadi normal untuk yakinkan sesiapa, cukup sekadar mampu terima aku seadanya. Jadi aku tinggalkan entry ini dengan satu soalan dan tanda tanya, dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon diampunkan dan bertaubat, tapi dosa kita dengan menghukum dan melabel seseorang yang kita tidak kenali hati budinya?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...