Tuesday, April 24, 2012

Tiada Rasa

Nak naik ke langit tak sampai
Nak turun ke bumi tak diterima

Tenang
Buang semua rasa
Biar jadi percuma

Kata mungkin sekadar kata

Tersangkut di sini
Menunggu apa?
Izrail menyapa?

Realiti lebih fahamkan situasi

Mana tempat tanpa cinta?
Tutup mata ini
Bawakan aku kesana

Nak benci sayang menahan
Nak maki rindu menjelma

Rasa apa ini?

 yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...


Wednesday, April 18, 2012

Layang-Layang




Arghhhhh!!! Putus lagi!!! Hurmmm...Takpa laa, kali ini aku relakan kau ditiup angin dan berlalu pergi, dah beberapa kali benang ni putus, tapi nasib tak jauh kau terbang pergi, nasib baik kau dapat aku cari lagi, tapi kali ini kau terlalu tinggi, dan dah jauh kau pergi, penat aku raut rangka tu sendiri, penat aku gam elok-elok setiap tepi dan sisi, penat aku tambah ekor cantik-cantik supaya nampak berseri di langit nanti. Dari tiang letrik kita elak, ribut badai kita tempuh, tinggi rendah kita bersama, aku hampir pasti akan tiba hari ini, dan aku cuba tipu diri ini dari sehari ke sehari, agar tidak bertemu situasi ini. Walaupun kau tak segagah dan sehebat wau-wau dari pantai timur, tapi aku bangga dengan kau, kerana kau satu-satunya dalam semua, kau punyai kelebihan dan lenggok sendiri, lemah gemalai kau dibuai angin, kadang kala buat aku terlena dalam keasyikan memujimu, mana mungkin tak sayang? dari tangan ini kau menjelma, dan dengan diri ini susah senang bersama, jadi aku sentiasa disisi, menarik benang agar kau sentiasa tenang membelah awan. Aku gembira bila kau stabil, bila kau megah membelah angin, dan angin yang tidak sentiasa berpihak pada kita, dan juga tidak sentiasa berbahasa sepoi dan kadang kala berhembus keras, aku panik bila kau putus, bila kau hilang arah, bila kau terumbang ambing, bila kau hampir jatuh, bersungguh-sungguh aku jaga benang itu, bersungguh-sungguh aku lari mengejar bila kau putus dulu, tapi kali ini mungkin aku terleka, dalam seronok kita bersama, benang aku tarik terkuat pula, hingga putus datang menyapa. Siapa aku nak melawan suratan dan ketentuan? Jadi aku relakan kau direntap angin dan berlalu pergi. Mungkin bila kau jatuh nanti, aku harap jangan lah belabuh di atap rumah, jangan lah bermandi basah longkang yang hina, dan jangan lah menjunam ke jalan raya. Aku akan cuba mencari mu, dan kalau ditakdir tuhan kita bertemu, akan aku pulihkan semangatmu, baiki kerosakanmu, dan tak mungkin aku terleka walau barang seketika untuk buat kan kau menanggung derita sebegini rupa, atau mungkin ada kanak-kanak yang lebih bertuah, yang mampu mengubat luka, yang dapat buatkan kau terbang lebih tinggi dan dapat menjagamu dengan lebih sempurna, aku relakan, tak mengapa, sedih ini cuma seketika, namun memori kita bersama mana mungkin ku lupa, aku simpan dan semat dalam tubuh ini hingga maut menjelma, yaaa...aku harap aku dapat ciptakan yang baru, tapi takut nanti musim angin ini pula tak kembali, tak mengapa aku redha, kali ini aku lepaskan kau pergi, dan berharap kita bertemu lagi, selamat tinggal Layang-Layangku.

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Tuesday, April 17, 2012

Delusi

Gelap
Pekat
Sunyi

Merangkak dalam mimpi
Mencari dalam sepi
Memohon maaf pada diri

Rosak
Luka
Patah

Bungkus saja hati itu
Campak ke tepi
Biar kering sampai mati

Benci
Caci
Maki

Herdik la si cerdik
Puji la si ampu
Lenyapkan rasa itu

Simpul
Habis
Mati

Cabut la nyawa
Ambik la cinta
Menyahut lah celaka

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Monday, April 16, 2012

Agama For Sale

Nyaris bertemu Illahi lepas cubaan bodoh aku try telan dua biji panadol serentak dengan jumlah isipadu air yang minima. Then masa tengah struggle tu, aku tumbuk dada aku sekuat-kuat yang boleh sebab nak bagi keluar panadol tu. Word yang keluar dari mulut aku masa tu "Allah". Untuk pengetahuan pembenci aku yang dikasihi, aku bukan lah seorang alim ulama, mahupun AJK masjid mana-mana, yang aku mengelabah nak sebut nama tuhan lepas aku terlepas dari azab, just lepas tu aku terfikir, ada beberapa individu kurang selesa dengan penulisan aku yang kadang-kadang persepsi dan pandanganya dari sudut Agama. Kita mulakan cerita dengan Agama, dari fahaman aku, Agama yang hampa ada skarang ni diwariskan, jadi tolong clear benda ni, aku tak pilih agama aku, tapi agama aku yang pilih aku, jadi aku bersyukur sebab aku lahir sebagai seorang Islam. Majoriti remaja yang kononya terpelajar, pandai, berlatar belakangkan keturunan yang hebat-hebat, moden dan berilmu, kebanyakannya cukup anti dengan pandangan dan persepsi seseorang yang memandang sesuatu melalui agama. Benda teramat simple, kalau rasa pandangan islam itu kolot dan sangat-sangat jumud, why not tak mau declare murtad? kata terima benda secara rasional? So, why worries persepsi orang kan? bukan kah selalu orang yang hebat dia percaya dengan setiap benda yang dia cakap dan buat? time untuk buktikan la kehebatan rasanya kan?

Jadi aku teranggil untuk tibai balik mangkuk mana yang memandang aku macam bangang just sebab maybe aku tak berpakaian berjenama dan berkereta mewah untuk menyakinkan. Kalau rasa aku seorang yang sangat-sangat beragama dan alim, ternyata anda telah terlalu terpesong dan silap. Sebab aku tak berkupiah, jauh skali berserban dan berjubah smart persis untaz Don. Beza antara kita, aku mencari dan cuba memperbaiki dan sebaliknya hampa selesa dan terus hanyut dibuai mimpi, tu hak masing-masing, kubur masing-masing, tapi aku sangat-sangat tak berapa nak ok bila nilai syukur ini diletakkan martabatnya sehina seekor anjing kurap. Sebab aku percaya dengan Agama yang diwariskan kepada aku, jadi aku cari, dan aku letak pandangan itu dari segi Agama, sekurang-kurangnya aku pegang dan nyata dengan apa yang aku percaya, so tak perlu dipertikaikan langsung. Ok, orang kondem dan memperkotak katikkan sesuatu benda bila aku tengok dari segi agama, untuk pengetahuan orang yang kurang cerdik diluar sana, aku banyak membaca dan menilai kehidupan, aku banyak membaca tentang teori Freud, neuro psychoanalysis, brain funtioning, id, ego, super-ego, humanism dan besepah lagi, aku jugak baca buku dan bahan bacaan yang boleh tendang akidah hampa jauh dari sudut hati macam the God delusion dan New testament. Ilmu kan? tak salah baca pun kan? Sebagai makluman, persepsi, huraian dan pemahaman tentang sesuatu benda dari apa yang aku baca ni, langsung lari jauh dari agama, tapi aku still percaya dengan Agama yang diwariskan ni dan aku tau nak beza mana rasional, mana hukum dan ilmu, jadi jangan la jadi terlalu kurang cerdik brader, just sebab lifestyle kita dah terlampau selesa, so bila orang bagi pandangan yang ikut sikit agama bukan bagi dalil or hadis pun takkan dah nak melantun sampai bumbung? So chill ok? pernah tak dengar wahai sang hero-hero google, Ilmu yang dipelajari perlu disampaikan? Apa guna kalau aku belajar gila babi macam-macam, tapi bila orang tanya, or buat salah depan mata, aku ignore? and maybe tak semua orang tuhan bagi keberanian yang sama la kot kan?

Kita berbalik kepada menerima secara rasional, masa nak enjoy, kita terima rasional, dan serasional mungkin, then if macam tu, Tuhan tu penipu la kot kan? Sebab suka-suka dia letak panduan dan garisan untuk kita ikut, padahal dia bagi kita otak untuk kita pikiaq kan? Boleh tanya sikit tak? Otak yang sekarang ni yang kononya hebat tu jika dibandingkan dengan Ilmu dan Agama, mana wujud dulu? So si cerdik yang budiman, mari kita berfikir sejenak, bila orang bercakap tentang agama, kita hentam yang orang tu nak jual agama, budget bagus, tapi pernah tak pikiaq yang dia cakap tu datang dari mana? Mungkin kadang kala cara penyampaian dia tak menepati piawaian yang nak buat kita berubah, tapi sapa hang nak kondem agama? Even Jesus pun takkan kondem agama mana-mana. Tapi sebab orang bagi persepsi ikut Agama dan benda dia tau, kita sakit? Atau sebab Al-Quran tu takdak gambaq Tuhan pakai suits Prada, pakai jam tangan rolex kat cover dia, or tulisan dia haram jadah tak paham, or kalau dalam english, maybe agak exclusive dan perlu dimiliki, jadi semua benda dalam Quran tu menipu? Sudah-sudah lah jadi hebat sangat kat dunia, buat dosa bukan-bukan Tuhan tak tibai immediate pun dah besaq rahmat, ni nak bising lebih pulak. Aku tak kisah apa yang hampa nak pecaya, tu hak masing-masing, just kalau betul pegang something tu, pegang betul-betul jangan nanti masa enjoy, kata takdak hal la minum Arak dari buat apa-apa dosa lain yang kacau orang, dan bila mak bapak mati, terkebil-kebil nak menangis baca Yassin? Serius jangan, sebab pecaya rasional kan? why not raikan dengan minum wine mahal or maybe buat pelik sikit siram Jack Danial kat kubur arwah parent tu nanti? Takkan la Agama ni macam barang yang boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu saja kan?

Salah, semua orang buat salah, yang membezakan kita, untuk berubah mencari kebenaran, mencari jalan yang betul dan ingat mengingatkan. Jangan pernah pertikaikan pegangan dan kepercayaan aku, sebab aku yakin dengan apa yang aku percaya, and nak kata aku kurang bijak dan kurang cerdik, sentiasa membebel tentang benda yang sia-sia, sekurang-kurangnya aku menyampaikan dari aku budget cool dan selesa buat dosa dan berharap satu hari nanti Tuhan bagi aku petunjuk masa aku tgh shot demi shot, dan berharap aku akan berubah nanti, dan menunaikan fardu lima waktu di masjid macam semua orang-orang tua lain buat sekarang, sebab depa dulu pun teruk, then sempat berubah dan menunggu mati sebagai seorang mukmin sejati. Berharap? Watehel berharap? Sebelum ni bukan kata apa kolot sangat ka tengok sesuatu dari sudut agama? Persoalannya, apa guna ilmu Agama yang kita belajar kat sekolah selama ni? Adakah salah satu fahaman atau ritual yang perlu ditempuhi untuk mengekang unsur Illuminati? ataupun salah satu cara buku teks agama dapat dijual dengan adanya subject agama disekolah? Jadi apa guna ilmu tu semua? Dan apa pulak guna ilmu-ilmu ni kalau tanpa amal kan? Contoh aku bagi, mungkin lagi senang la nak faham, ambik degree in automotive, tiba-tiba kereta rosak tengah jalan, tup-tup, call pomen suruh tolong usha tanpa bukak and check dulu pun. Mana pegi ilmu yang selama-lama ni belajaq? Takkan la tak boleh nak settlekan sendiri? Sebab darjat dan taraf hidup dah berbeza, jadi ilmu tu dipersia-siakan macam tu saja? Tak perlu guna pun ilmu yang ada tu, sebab akan ada orang lain yang boleh selesaikan masalah tu? Kata hebat sangat kan? Takkan harap orang lain kot kan? Jadi masa banyak lagi untuk berfikir kejap, kalau aku bodoh, biar la aku pelan-pelan bangun dan cari ilmu dan aku takmau jadi pandai dan hebat sangat sampai agama yang diwariskan pun nak pertikaikan. "Bagimu agamamu, Bagiku agamaku" (sorry, this quotes is not by shakespeare and not in english) Cheerrss!

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Epilog Kesamaran Asmara

Biarkan aku lena dalam pangkuanmu
Agar dapat aku lupakan semua sengsara itu
Biarkan aku koyak seluruh rasa rindu
Agar dapat aku menumpang kasihmu
Biarkan aku mengejar pelangi hingga hujung waktu
Agar aku kenal erti manisnya syahdu
Biarkan aku ditipu sayang berwajah palsu
Agar aku menikmati hidup tanpa jemu
Biarkan aku erat memegangmu
Agar aku percaya sunyi itu berbicara lesu
Biarkan kucupan ini tanpa nafsu
Agar aku nyata hala dan tuju
Biarkan aku turun ke lembah hatimu
Agar tubuh ini tak didera nafasmu
Biarkan mati menjemput merayu
Agar tersemat memori dilangit kalbu

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati

Thursday, April 05, 2012

Antara Dua Darjat

Tajuk ni sangat-sangat menarik untuk dibahaskan, bertitik tolak dari situasi yang jadi kat diri aku sendiri jadi aku berkongsi, berkongsi atas nama umat manusia yang aku kira sama saja martabatnya disisi tuhan dan cuma dinilai melalui agama dan amalannya. Opsss! maaf! nanti dituduh menjual agama. Takpa, aku tinggalkan dulu tajuk kecik ni, kita ke situasi tadi. Macam biasa aku sampai di Masjid TTDI, tibai dulu nasi beriyani seround dua, aku pun masuk masjid sebelum bilal sound yang berbunyi lebih kurang macam ni "Adalah haram lelaki Islam berjual beli barangan sebaik saja azan Jumaat yang pertama di laungkan". Aku kira ni macam warning la yang mana tengah makan tu, boleh dah sumbat cepat sikit sebab dah masuk waktu. Takpa la, bilal tu pun buat benda yang diamanahkan kat dia, so tak perlu la nak maki dia sebab kacau orang nak membeli belah. 

Aku pun duduk di baris yang ke 10 dari depan rasanya, ada banyak lagi kosong kat saf pertama, memandangkan aku tak berpakaian yang bersesuaian dan juga bukan qariah masjid tu, jadi aku pilih la tempat yang bersesuaian memandangkan ada lagi ruang lain yang belum dipenuhkan. Kalau zaman sekolah dulu, port aku confirm atas tembok belakang, sambil tibai pisang masa imam baca khutbah. Memori, dan usia kita bertambah dari sehari ke sehari, buatkan kita boleh berfikir secara lebih matang, membuatkan aku rasa abang-abang bila generasi baru ambik alih port tu, dalam hati aku "masanya akan tiba nanti". Aku pun duduk, sambil baca apa-apa yang patut, Azan yang pertama dilaungkan, settle saja orang mula ambik port baru yang mana ada ruang-ruang kosong. Azan kedua di laungkan, ramai bangun untuk menunaikan solat sunat. Ok settle. Sedang tempat-tempat dah macam penuh dan khutbah dah nak bermula, tiba-tiba ada seorang Uncle ni, usia dalam sekitar 60an macam tu, berkaca mata putih, berjubah dan dekat pergelangan tangan dia, ada "kafling" perak yang berbatu permata, berserban kemas, dijari ada cincin perak bertahtah batu permata hijau, (mungkin jed barang kali) dan yang paling nice, alarm BMW terkeluar sikit dari poket dia. So, message visual yang cuba disampaikan ialah dia ni orang kaya. Dengan selamba badak ni, Uncle ni kayuh dari belakang dribble beberapa orang yang tengah duduk tu sambil merentas satu demi satu saf dari belakang dan terus ke saf yang ke 3 macam tu, yang lebih seronok dia suruh aku tepi sebab dia nak lalu ke depan. Apa senggamakah ini? dia sampai saja depan, ada satu ruang kecik, dia suruh orang kiri kanan dia ketepi sikit, supaya boleh bagi dia ruang, terus dia dengan cool dan tanpa sedikit rasa bersalah angkat takbir untuk solat sunat. 

Ok aku panas hati yang amat sangat, bukan sebab aku tak boleh duduk depan ke apa, lagi pun aku boleh ja nak buat perangai macam tu, tapi aku fikir lagi orang lain yang lebih layak, tapi Uncle ni dengan bangganya telah menunjukkan betapa superiornya dia didunia ni, maybe sebab dia dah terbiasa orang utamakan dia sebab dia berkedudukan tinggi, jadi dia lambat pun, dia tak peduli, dia nak duduk depan jugak. Fine, aku bukan kembar malaikat nak nak tolong tulis markah dia buat perangai macam tu, tapi apa yang aku fikir, dengan perwatakkan dia yang macam tu, dia aspect apa? sebab dia ada kedudukan? so lambat pun boleh duduk depan dengan tolak orang kiri kanan? persolan ni mengetuk pintu minda aku berkali-kali, sambil membakar tahap kesabaran aku di dalam masjid. 

Aku jadi tak tenteram, nak maki tak sampai hati, nak tegur, tu hah dah jauh kedepan dah orang tua tu. Khutbah pun aku tak brapa nak dengar dah sebab terlampau fikir apa dalam kepala Uncle ni sampai dia langsi sampai tahap ni  dan adakah dia terlampau istimewa? sebab? dia kaya? duduk saf depan, Tuhan terima doa? and dia layak untuk buat macam tu sebab darjat dia didunia ni berbeza dari orang lain? Nasib Uncle ni baik sebab dia tak duduk sebelah aku, sebab aku akan tanya dia. Bila aku pikir-pikir balik, benda ni dah banyak jadi pun kat luar tak payah tunggu situasi dalam masjid ni, aku rasa perbezaan darjat masih ada, bila kaya, berharta, buat salah pun takpa, sebab dengan ilmu dan harta yang dia ada, membolehkan dia betul sampai bila-bila? and kalau buat salah tak payah mintak maaf kat sapa-sapa? jadi kalau macam tu Tuhan tu penipu la kan? sebab dia kata semua manusia sama disisi Allah, kalau macam tu memang penipu la Ustat and Ustazah aku dulu kot kan? Jadi tak salah pun meghormati dan tak mati pun dengan mintak maaf kan? Harta yang ada tu pun tak kekal sampai bila-bila rasanya? To uncle yang buat perangai macam tu, satu ja yang aku boleh harapkan, semoga kita bertemu lagi. Btw, duduk la kat mana pun dalam masjid tu, sebab kita taktau doa sapa Tuhan terima dan sebanyak mana pun amount Uncle tu swipekan kad kredit dia, dia takkan mampu pun bayar Tuhan untuk makbulkan doa dia.

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Wednesday, April 04, 2012

Lampu

Lampu itu menyala lagi
Membawa erti
Menyemai janji
Tak terhingga seronok dihati
Baru mula terfikir hendak berdiri
Baru mula melangkah untuk berlari
Tup! Ia terpadam kembali
Tak mengapa lah...nanti pasti menyala lagi
Harapan yang tadi tenggelam
Diselamatkan mimpi dalam diam
Kali ini dengan lebih berhati-hati
Dalam gelap aku memerhati
Dalam pekat aku bersembunyi
Tap! Lampu menyala lagi
Sana pintu hati
Jalan keluar yang nyatanya pasti
Aku berlari
Langkah diatur lenggang berseni
Belum pun jauh melangkah pergi
Tup! Lampu itu terpadam kembali
Tersentak aku dan terus menanti
Menunggu detik menyala lagi
Agar dapat mencari solusi
Agar dapat keluar dari sini
Agar dapat sempurnakan hasrat
Agar dapat pulihkan semangat
Agar dapat janji ditepati
Agar tidak mati disini


Yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...