Thursday, July 11, 2013

Wiseacre



Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi, aku tak menulis puisi kali ini, cuma ada cerita yang mahu aku kongsikan untuk pedoman dan juga mungkin sedikit pengajaran dari pengalaman. Macam yang boleh nampak, aku ada post gambar ni dekat instagram aku sehari sebelum puasa bermula. Macam biasa lah, kalau takdak masalah, takkan lah ada cerita kan? Jadi, tak sampai beberapa minit aku post, ada individu yang jelas tidak berpuas hati dengan gambar ini (padahal ni instagram aku kot kan?). 

Hujah yang cuba diketengahkan berbaur tidak puas hati bila ada hashtag yang aku senaraikan ada terselit #fake #girl atau mungkin lebih tepat disalah erti sebab aku letakkan bersebelahan kedua-dua perkataan itu. Apa yang dipersoalkan ialah berbunyi begini "Orang upload gambar pergi makan, pergi mall boleh pulak, kenapa pegi masjid je orang kata fake? #niatkeranaAllah." (sesungguhnya, aku tidak menambah walau satu perkataan pun dalam ayat ini). Secara logik akalnya, aku tak sebut langsung orang pergi masjid fake, ditambah lagi, cuba baca dan fahamkan apa aku tulis? Takpa lah, mungkin dalam diri gadis ini, terselit naluri srikandi yang benar-benar mahu mempertahankan sesuatu atau mungkin dia butthurt sebab tak bleh nak post gambar malam tu kot. 

Setelah sering membalas dan memerli, tiba-tiba keluar statement yang aku rasa lari langsung dari tajuk perbalahan, antaranya ialah "hang kan semua benda hang tau" dan lagi satu dia membalas comment kawan aku sorang ni yang berbunyi "I tau ur level of education tinggi. Jangan layan sangat, nanti kita pun sama macam tu". Aku masih lagi ok dan cuba membalas seIslam mungkin (walaupun aku tak pernah claim yang aku ni sgt islamic) yang lebih merancakkan keadaan, adik kepada minah ni print screen benda aku post ni, dan post kat Instagram dia, dan buat caption "Apa pendapat korang tentang lelaki macam ni?" Damn! aku rasa hak berinstagram aku dicabuli, tapi takpa, demi mempertahankan niat aku, aku sound minah tu, macam biasalah, corak pergaduhan minah ni aku tak minat, sebab macam bergaduh dengan budak darjah satu, tiada fakta, unsur pengulangan dan cuma individual attack yang bagi aku agak bangang dan tak relevan. 

Sebagai jalan penyelesaian yang terbaik kepada kedua-dua individu adik dan kakak ini, diorang delete aku dari semua akaun social networking diorang, dan tukar kepada mode private. Nampak tak permainan dia mcm mana? So that nanti if nak kutuk aku, boleh buat belakang-belakang tanpa diketahui oleh aku kan? Hahaha..Jadi aku akan berkongsi sedikit pendapat tentang isu ni. 

Baik, tujuan aku mempost gambar ini ialah kerana ingin bersikap sarkastik terhadap situasi yang sering diambik kesempatan dan dijadikan trend oleh sesetengah pihak, benda ni dah pernah jadi banyak kali pun, jadi aku menggunakan pendekatan yang lebih bersahaja dan bersifat sinikal. Aku taktau pulak yang benda ni boleh dijadikan bahan untuk mewujudkan permusuhan? atau mungkin dengan kata yang lebih radikal, boleh disabitkan dengan Akta Hasutan 1948? Buat pengetahuan pembaca, aku faham dengan semua akta hak kebebasan bersuara, kerana aku mempelajarinya dengan detail ketika di bangku institiut pengajian tinggi dahulu. Jadi tak payah lah terlampau prihatin sangat nak argue dengan aku tentang benda yang sekecil ini. In fact aku rasa, orang-orang yang baru nak belajar bab-bab agama ni sangat mudah melantun macam bola pingpong dan tak dapat menerima sebarang jenis mesej berbaur sarkastik. 

Aku dipandang seolah-olah memperlekahkan agama, jadi aku ingin membidas semula setiap ketidakfahaman yang wujud dalam minda kedua-dua orang gadis ini. Untuk makluman, aku akan sertakan beberapa contoh yang aku pernah pelajari sebelum ini, untuk membezakan kedudukan fahaman kita terhadap sesuatu. Islam itu mudah, dan setiap amal ibadat yang kita lakukan itu, diantara kita dan Tuhan sahaja. Tuhan tidak meletakkan perantara yang bakal menilai setiap perbuatan kita itu, kerana Allah sendiri bakal menilainya, jadi mengikut famaham aku yang jahil ini, ibadah itu bukanlah bahan tontonan dan perlu semua orang tahu yang kita ni kuat sembahyang, rajin pergi masjid, rajin bersedekah. Sehinggakan ada diriwayatkan satu kisah, dimana malaikat bertanya tentang kejadian Tuhan yang paling hebat, dan diakhiri dengan jawapan dari Tuhan sendiri iaitu "Ada...iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat Al-Tarmizi)" Jadi aku yang bodoh lagi hina ini, ingin anda yang sedang membaca membuat kesimpulan sendiri.

Bagi aku, masalah yang berlaku sebenarnya ialah different school of thought, macam mana cara kau dibesarkan dan macam mana cara kau memahami sesuatu perkara itu, kalau tak faham apa tu school of thought, google...sebab banyak lagi ilmu didunia ni yang perlu dipelajari, aku diperlekehkan seolah-olah tidak mempunyai ilmu pengetahuan langsung, takpa, aku tak marah sikit pun, sebab kau siapa nak nilai? Kalau aku boleh bertanya, aku akan tanya kau berada di level yang mana sehingga kau mampu untuk meletakkan perbezaan ilmu antara kita itu. Syariat? Tarikat? Hakikat? Makrifat? ataupun sudah ke tahap Al-Arifbillah? Aku pasti kalau aku suruh hurai satu-satu tingkat ilmu ni pun terkebil-kebil lagi dua orang tu nak jawab. Tapi takpa, ilmu itu hak Tuhan. Aku tau, dengan nada memerli yang aku tau semua benda tu, nak menunjukkan dia lagi tau semua benda, dan aku ni, jahil. Takda masalah, pernah tak dengar cerita macam mana Nabi Musa a.s dibash oleh Tuhan sebab dia mengaku dia yang paling berilmu? Dan dia kena pergi cari Nabi Khidir, dan masa dia dengan Nabi Khidir pun dia kena lagi? Taktau jugak cerita ni? Google. Aku harap sangat entry aku kali ni, dua-dua minah tu baca.

Kalau aku yang jahil ni, nak mewujudkan persengketaan pada hari pertama bulan yang mulia, mungkin tak pelik, sebab aku kan yang tak berilmu tu? so tak kisah sangat, tapi dua orang individu yang aku kira berpengetahuan luas ini mahu meneruskan persengketaan agak pelik, kerana mereka berdua yang aku nampak dan faham mengamalkan cara hidup "Islam is the way of life" kenapa tidak dengan penuh hikmah nasihatkan aku, atau berbincang dengan pendekatan Islam yang lebih istiqamah? Pelik kan? Manusia, biasa lah, kita kadang guna agama bila kita nak dan perlu sahaja. Andai tak faham lagi, boleh baca kisah Perang Jamal yang berlaku diantara Aishah, isteri nabi dan Saidina Ali. Cari maksud sebenar yang terkandung disebalik kisah tu, pelik juga sebenarnya bila orang bodoh dan jahil macam aku ni boleh fikir benda mudah macam ni.

Semoga Tuhan merahmati kedua-dua mereka ini, dan mengurniakan sedikit nilai-nilai rileks dalam jiwa mereka supaya mereka boleh menerima mesej sarkasitik yang bersifat umum dan tidak ditujukan kepada individu tertentu. Jadi aku tamatkan persengketaan dengan berdiam kerana berpegang pada prinsip yang aku amalkan sejak dulu lagi, dua jenis manusia yang tidak perlu dimusuhi ialah satu orang yang lebih pandai dari kita dan satu lagi orang yang lebih bodoh dari kita. Kadang kala bila kita semakin banyak beramal ibadat, kita akan rasa yang kita semakin hampir dengan Tuhan dan dengan tidak sedar kita akan merendahkan orang lain yang kita rasa kurang amal ibadatnya. Btw, aku tak perlukan ustazah tanpa tudung dan rambut berwarna untuk ajarkan aku tentang hukum-hukum agama.

Jadi sebagai manusia yang sering dituduh jahil, tidak beragama, dan bangang ini aku tinggalkan sebaris ayat untuk difikir "Ilmu yang dipelajari itu untuk diamalkan dan bukan semata-mata untuk disampaikan" 


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...