Tuesday, February 28, 2012

Surat Buat Bidadari Duniaku

Surat buat bidadari duniaku a.k.a bakal future wifeku

Kehadapan bidadari duniaku,

Aku tahu surat ku ini agak melampau dari segi imaginasinya, tapi dikala mereka yang lain sedang menghabiskan masa cuti dengan aktiviti yang menarik, aku tersadai di sudut itu dengan seribu impian dan cita-cita, lalu aku terfikir untuk menulis surat ini untukmu. Walaupun pada dasar dan logiknya aku bukan lah seorang pendeta yang boleh mengetahui siapa kamu dan lebih tepat bilakah masanya kita akan bertemu.

Bidadariku, aku tahu aku tidak lah setampan Aaron Aziz, tidak secool Edward Cullen, tidak secomel Dafi, tidak seromantik Aiman vanilla coklat mahupun selucu Nabil raja lawak. Tapi percaya lah, apa yang kau nampak itu cuma lah lakonan semata-mata dan mereka ini semua tidak akan pernah menghargaimu apatah lagi menyayangimu sebagaimana aku, sebenarnya aku boleh tahan jugak lah aku rasa jika dibandingkan dengan Sagna pemain pertahanan arsenal.

Bidadariku, aku sedar aku bukan lah calon terbaik pilihan ibu bapamu, kerana aku tahu, aku tiada kereta sukan yang laju, juga memiliki banglo 3 atau 4 tingkat yang berswimming pool di pinggiran bukit antarabangsa, mahupun pakaian mewah dari butik-butik berjenama di pavillion, jauh sekali mempunyai keahlian seumur hidup dimana-mana kelab golf atau wang simpanan yang tidak terhitung angkanya yang melayakkan aku sebagai pemegang kad emas mana-mana bank terkemuka dunia. Kerana kau juga sedia maklum,aku datang dari keluarga biasa yang penuh kasih sayang, bapaku bukan lah pewaris tahtah mana-mana kerajaan, ibuku juga bukan first lady yang mempunyai cincin berlian jutaan ringgit atau mempunyai gudang handbag pelbagai jenama termahal dunia dan namaku juga bukan lah Ahmad Albab yang mewarisi harta peninggalan keluarga jinku, kerana aku juga manusia biasa seperti orang lain.

Aku cuma seorang remaja biasa, yang kerja pun biasa-biasa saja, kalau buat perangai gerenti kena buang juga hendaknya, tapi aku yakin dapat menyaramu dengan bekerja bersungguh-sungguh demi mencari rezeki yang halal dan diredhai, bukankah mencari yang halal itu fardu bagi mukmin? Ok, aku terpoyo seketika, itu cuma ayat sepotong iklan yang aku sertakan untuk menguatkan teoriku. Kalau kau mahu banglo 4 tingkat, kau lupakah apa yang terjadi dibukit antarabangsa dahulu? So, cukuplah sekadar rumah yang selesa untuk kita dan anak-anak kita membesar didalamnya. Kalau engkau tetap mahukan swimming pool, tak apa lah, rumah ibu bapaku dekat dengan kawasan air terjun, disana airnya lebih nyaman dan menyihatkan, akan ku bawa kau dihujung minggu dan kita juga boleh berkhelah disana nanti. Kereta yang laju? Tahukah engkau bahawa statistik ops sikap sering meningkat angka kematiannya? Ini memang lah sudah tertulis sebagai takdir tuhan, tapi kereta yang laju juga turut mendorong kepada peningkatan statistik ini. Seperti yang kau tahu, saman aku yang tertunggak yang baru aku semak baru-baru ini telah pun bertambah lagi, ini baru kereta yang tak brapa nak laju,cuba imagine kereta yang lebih laju, aku tahu kau lebih bijak membuat kesimpulan dari ceritaku.

Bidadariku, aku tahu,kau ingin kelihatan cantik dihari perkahwinan kita nanti bukan? Tapi terus terang aku katakan kalau kau mahu make-up artis yang beribu ribu, jelas aku tidak mampu, bukan kerana aku tidak mahu engkau kelihatan cantik, tapi kau bidadariku, kalau tak cantik, takkan la ku mahu kan? So, biar pun tanpa make-up atau pun dgn luluran scrub ,kau sentiasa cantik dihatiku. Pasti engkau pernah menyimpan impian untuk mengadakan majlis resepsi kita diatas kapal mewah bukan? Bukan aku tidak mahu, tapi pinjaman ptptn aku yang dulu pun belum dijelaskan, macam mana aku nak menambah lagi hutangku? Mahukah kau kita berkhawin dgn mewah, tapi aku tidak dapat hidup bersamamu kerana aku terpaksa meringkuk didalam penjara akibat dari tidak dapat melangsaikan hutang-hutangku? Haaa..tidak mahu bukan? Lagi pula aku memikirkan tentang keselamatan dan keselesaan ahli-ahli keluargaku dan juga keluargamu, kesian juga yang tua-tua tu nanti mabuk laut dan hilang selera makan mereka. Jadi aku telah merancang perkhawinan yang lebih "nice" dan "kemaih" agar menyenangkan hati semua orang tanpa membebankan kita, tapi masih dapat tapau wedding of the year ketika itu nanti, juga mendapat coverage dari Nona ataupun mana-mana majalah pengantin. Ini suprise, aku tak boleh beritahu disini, nanti mereka yang lain tiru, abis lah idea-ideaku nanti. Jadi harap bersabar. Kalau kau inginkan percutian untuk honeymoon kita, jangan risau walau sedikit pun, kerana dengan adanya Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah, kini semua mampu terbang! Jadi kita akan booking setaun lebih awal untuk penjimatan dan perancangan yang rapi.

Bidadariku, aku tahu kau kurang senang dengan mereka yang melabel aku gila, freaking psycho maniac, tak betul dan bermacam-macam lagi, tapi percaya lah,mereka bukan lah doktor psychiatry bertauliah mana-mana hospital mahupun graduan sarjana kedoktoran mana-mana university dalam mahupun luar negara, mereka cuma ibarat sampah yang boleh berkata-kata, kerana jelas dan nyata mereka tidak mengenali aku seperti kamu, yang lebih melucukan ada yang tidak pernah langsung bercakap dengan aku dan melabelkan aku gila kerana aku menulis? Kalau begitu ramai lah orang gila dinegara ini, dan di dunia.Mereka lah yang gila sebenarnya, kerana gila menuduh tanpa usul periksa, mengenali aku dan mengetahui kenapa dan mengapa terlebih dahulu. Abaikan mereka kerana bukan mereka yang akan menjaga kau hingga ke akhir hayat nanti. Si gila ini lah akan setia disini, menemani sehingga akhir nanti.

Bidadariku, kadang kala kau mungkin takut aku memukulmu andai terjadi apa-apa perbalahan, jangan risau walaupun aku aktif dalam sukan tomoi, ternyata aku belum mempunyai sebarang rekod memukul mana-mana gadis dan aku juga bukan lelaki dayus yang tidak tahu membezakan kasih sayang dan kesakitan, dan ternyata lah kaummu itu kaum yang lemah dan perlu dilindungi. Ingin dengan jelas aku katakan, aku tidak google terlebih dahulu fakta-fakta ini seperti yang sering dilakukan oleh jejaka-jejaka yang cetek ilmunya tetapi mahu menarik perhatian gadis dengan status-status berbaur hadis dan islamic kononnya mereka ini sangat-sangat beragama, padahal bukan nak kata lah, doa qunut pun mereka dah lupa. Ternyata aku jarang bergaduh kerana aku benci orang yang didepanku, tetapi aku bergaduh kerana orang yang aku sayang dibelakangku.

Bidadariku, mungkin kadang kala aku tidak mampu memberi segala yang kau mahu atau pun berada bersamu di sepanjang waktu, tapi aku berjanji, aku mampu menjadi imam dalam solat-solat harianmu, walaupun bacaan aku tidak lah sehebat Syeikh Muhammad Thoha Al Junayd, Inshaallah aku masih lagi menghafal kesemua surah-surah lazim yang terkandung dalam Al-Quran. Pada hujung minggu ketika kau sedang sibuk didapur, aku akan cuba memperbaiki mana-mana mentol yang tidak menyala, walaupun aku tidak lah mempunyai diploma kejuruteraan elektrik, tapi aku masih ingat lagi cara-cara menukar mentol ketika mengambil subjek kemahiran hidup tingkatan tiga. Aku juga akan cuba membantumu untuk membesarkan anak-anak kita nanti, aku berjanji akan menjadi lebih tegas, walaupun nyata kau tahu aku bagaimana, tapi aku akan pura-pura tegas sepeti sir alex ferguson ketika pasukanya ketinggalan 2-0 demi mendisplinkan anak-anak kita. Pada hujung minggu,kita akan makan diluar saja kerana aku juga mahu kau rehat, kerana aku sedar kau mempunyai taraf kerakyatan warganegara dan bukan lah bibik yang terpaksa memasak dan menyiapkan tugas sepanjang masa.

Bidadariku, andai terjadi apa-apa masalah, akan kita selesaikan dengan cara yang lebih matang dan dewasa, kerana pada masa kau mengahwini aku, confirm-confirm lah aku dah dewasa kan? So,jangan risau. Andai kau sakit, aku akan cuba menjaga kau sebaik mungkin sebagaimana ibuku menjagaku ketika lepas berkhatan semasa kecik-kecik dahulu, dengan penuh kesabaran, perhatian dan kasih sayang. Selagi aku mampu, aku akan menyayangimu sepenuh hatiku dan tidak akan berkurang walaupun se-milimeter sedari awal aku kenali mu dahulu, bertambah dan bertambah itu sudah pasti, selagi aku tidak dijemput Illahi. Andai ditakdirkan jodoh kita tidak lama, aku akan sentiasa menghadiahkan Al-fatihah dalam setiap doa-doaku agar kau tenang berada disana. Akan ku besarkan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang tanpa membiarkan mereka pernah lupa jasa-jasa dan pengorbananmu dan aku akan buat kau bangga dengan mereka, dengan pelajaran, kejayaan dan agama mereka, andai aku yang pergi dulu,aku yakin kau akan tahu apa yang terbaik untukku.

Bidadariku, sudah terlalu panjang suratku ini, maka dengan ini tahu lah kau, yang kau sangat-sangat bermakna bagiku, bukan lah calang-calang orang yang mampu menjagaku dan anak-anakku nanti, dan suratku ini bukan lah ibarat manifesto mana mana ahli politik yang berjanji kosong, mahu pun surat tunjuk sebab tidak hadir kuliah, akan tetapi sebagai janji dan ikrar yang aku akan perbaharui setiap ulangtahun perkhawinan kita, semoga kita bertemu nanti bidadariku duniaku.

Yang sentiasa menunggu dan merinduimu,

Bakal future husbandmu.


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...

Thursday, February 23, 2012

Young Tiger Beer


p/s sekadar gambar hiasan =)

Gender: Female
Type: Typical
Venue: Stadium Negara
Dress code: Jersi Harimau Malaya+short/hot pants
Mission/Vision: Into trend or phenomena
Influence: Smua owg pewgi,so kteowg pewgi aah!
Impact: Stadium full with short term supporter and Impostor
Expression: Muka lapaq penampaq
Consequence: Real die hard Harimau Malaya fans did not get the ticket
Future plan: Mmg tak ah kteowg nk pewgi lg kalaw kalah kn?
Latest Update: Mana minah-minah gedik yang dulunya bersepah kat stadium masa Malaysia tengah naik hari tu? Atau semalam masa Malaysia lawan Jepun coverage tak byk so tak ambik tau sangat dah?or tak trend dah? kata dulu Hidup Matiku Harimau Malaya?


Harimau Mak Hang!


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...

Tuesday, February 14, 2012

February


Sepatutnya kau memberi erti
Tapi kali ini nyata kau membunuh mimpi
Tikaman demi tikaman bertubi-tubi
Berharap aku mati?
Berharap aku takkan bangun kembali?

Yang mana pergi mungkin kah kembali?
Yang pergi dah jauh pergi
Yang sakit disini?
Biar kan saja hanyut ke tepi? 
dan rampas segala hak rasa hati?

Sunyi dalam tawa
Tulisan sepi hanya bercerita
Rasa? ahhh...biar kan saja
Mungkin bukan hak kita
Mungkin belum tiba masanya

Terima kasih february
Kau jatuhkan aku ke dasar lagi kali ini
Di saat aku tunggu dan kunanti hari untuk dirai
Kau cuba kuburkan aku dalam kubur kaca ini?
Kau gembira disitu tanpa sebarang peduli?

Tak mengapa,aku menuntup mata seketika
Aku biarkan selera aku cuma sekali sekala
Aku biarkan diriku bertopeng ceria
Aku berpura-pura imaginasi jadi nyata
Bila aku terjaga? Berwaspada!

Yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...