Tuesday, January 22, 2013

Kau tahu?

Kau tahu
aku ada masa kau berduka
saat air mata itu sebati dengan tanah

Kau tahu
aku ada masa kau gembira
saat hilai tawa mu itu megah mengunyah masa

Kau tahu
aku ada masa kau kecewa
saat kau mahu gadaikan nyawa dan dunia

Kau tahu 
aku ada masa kau berjaya
saat kau meniti awan tanpa sebarang resah

Pernah kau tahu?
aku ada dalam semua waktu?
tapi kau tak peduli dan tak pernah perlu aku?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




4 comments:

  1. Hakikatnya, manusia memang begitu. Takkan pernah tahu, takkan pernah sedar, takkan pernah nampak yang di depan mata. Yang jauh nun sana, dikejar.

    ReplyDelete
  2. Terus berikan dia senyum kala sedih,tawa kala luka amat,keberadaan kamu akan terus dihargai.

    ReplyDelete
  3. kejora: manusia,gagal menghargai bila disisi,da pergi nanti,baru dia cari-cari =)

    KonspiMaker: Sampai bila? Sampai masa berhenti berbicara?

    ReplyDelete
  4. yang ini emosi gila babi. seriusli.

    ReplyDelete