Wednesday, April 18, 2012

Layang-Layang




Arghhhhh!!! Putus lagi!!! Hurmmm...Takpa laa, kali ini aku relakan kau ditiup angin dan berlalu pergi, dah beberapa kali benang ni putus, tapi nasib tak jauh kau terbang pergi, nasib baik kau dapat aku cari lagi, tapi kali ini kau terlalu tinggi, dan dah jauh kau pergi, penat aku raut rangka tu sendiri, penat aku gam elok-elok setiap tepi dan sisi, penat aku tambah ekor cantik-cantik supaya nampak berseri di langit nanti. Dari tiang letrik kita elak, ribut badai kita tempuh, tinggi rendah kita bersama, aku hampir pasti akan tiba hari ini, dan aku cuba tipu diri ini dari sehari ke sehari, agar tidak bertemu situasi ini. Walaupun kau tak segagah dan sehebat wau-wau dari pantai timur, tapi aku bangga dengan kau, kerana kau satu-satunya dalam semua, kau punyai kelebihan dan lenggok sendiri, lemah gemalai kau dibuai angin, kadang kala buat aku terlena dalam keasyikan memujimu, mana mungkin tak sayang? dari tangan ini kau menjelma, dan dengan diri ini susah senang bersama, jadi aku sentiasa disisi, menarik benang agar kau sentiasa tenang membelah awan. Aku gembira bila kau stabil, bila kau megah membelah angin, dan angin yang tidak sentiasa berpihak pada kita, dan juga tidak sentiasa berbahasa sepoi dan kadang kala berhembus keras, aku panik bila kau putus, bila kau hilang arah, bila kau terumbang ambing, bila kau hampir jatuh, bersungguh-sungguh aku jaga benang itu, bersungguh-sungguh aku lari mengejar bila kau putus dulu, tapi kali ini mungkin aku terleka, dalam seronok kita bersama, benang aku tarik terkuat pula, hingga putus datang menyapa. Siapa aku nak melawan suratan dan ketentuan? Jadi aku relakan kau direntap angin dan berlalu pergi. Mungkin bila kau jatuh nanti, aku harap jangan lah belabuh di atap rumah, jangan lah bermandi basah longkang yang hina, dan jangan lah menjunam ke jalan raya. Aku akan cuba mencari mu, dan kalau ditakdir tuhan kita bertemu, akan aku pulihkan semangatmu, baiki kerosakanmu, dan tak mungkin aku terleka walau barang seketika untuk buat kan kau menanggung derita sebegini rupa, atau mungkin ada kanak-kanak yang lebih bertuah, yang mampu mengubat luka, yang dapat buatkan kau terbang lebih tinggi dan dapat menjagamu dengan lebih sempurna, aku relakan, tak mengapa, sedih ini cuma seketika, namun memori kita bersama mana mungkin ku lupa, aku simpan dan semat dalam tubuh ini hingga maut menjelma, yaaa...aku harap aku dapat ciptakan yang baru, tapi takut nanti musim angin ini pula tak kembali, tak mengapa aku redha, kali ini aku lepaskan kau pergi, dan berharap kita bertemu lagi, selamat tinggal Layang-Layangku.

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

2 comments:

  1. Saudara,
    Ketahuilah bahawa post awak sangat membuka minda dan menarik minat saya untuk baca kesemuanya. Ada sesetengah yang tersentuh dan hampir menangis dibuatnya. Haha. Teruskan usaha! :)

    ReplyDelete