Tuesday, September 04, 2012

Takziah

Banyak tarikh dibatu tanda itu
Ada yang lama
Ada yang cuma seketika
Semua berkongsi impian yang sama
Satu cita-cita 
Bahagia hingga ke hujung cerita
Namun semuanya terkubur disini selamanya
Terdiam dan tamat di pusara cinta

Hari ini aku disini
Mengusung jenazah hati
Yang kemas dikapan janji
dan terikat dengan memori
Aku turunkan ia tujuh kaki dalam
Aku kambus dengan tenang
Dengan sedikit luka yang berbaki
Biarkan harapan itu dimamah ulat
Biarkan ianya sebati dengan tanah
Aku talkinkan dengan rindu yang pernah bertamu dulu
dan aku siramkan dengan air mata darah yang masih ada
Bila tujuh telapak ini melangkah pergi
Ianya takkan kembali lagi
Selamat tinggal Bidadari
Terima kasih untuk segala suka dan sakit hati

Takziah...HATI...

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dah terus memerhati...


2 comments:

  1. Hati, moga kau tenang disana. Maaf kerana kau pergi dalam keadaan yang penuh luka.

    ReplyDelete
  2. andai rasa itu pernah sama,nyata lebih seksa dalam dada

    ReplyDelete