Friday, March 02, 2012

Revolusi Internship

Memandangkan aku seorang sahabat yang prihatin dan benci kawan-kawan aku nampak macam bangang di mata majikan tempat mereka menjalankan ibadah praktikal. Aku terpanggil untuk memberikan beberapa tips, walaupun aku tahu penulisan ini takkan membuatkan aku tercalon untuk tokoh Maal Hijrah UiTM mahupun melayakkan aku untuk mendapat pingat Jasa Pendamai mana-mana negeri, aku tetap tampil untuk membantu, aku sedar, aku tak pernah sekali pun ke parti orang-orang pandai (Majlis Anugerah Dekan) tapi, persoalannya, kemanakah dekan-dekan tu semua pergi? atau ilmu tu memang bukan untuk dikongsi? Haaa...biar la yang tak dekan ni tolong apa yang mampu, mungkin dekan-dekan yang lain sibuk menyiapkan diri untuk temuduga pemilihan angkasawan Negara sesi kedua nanti. Tanpa berdolak dalih lagi, ayuh kita mulakan!

1. Sentiasa kelihatan meyakinkan pada hari pertama.
Sebenarnya agak mengelabah dan tidak fair bagi aku untuk menilai seseorang dengan penampilannya tanpa tahu terlebih dahulu ilmu dan kebolehannya. Tapi nak buat macam mana, tak semua manusia menilai macam aku menilai, dan masyarakat kita terutamanya yang berusia dah terbiasa macam tu, takpa la, hari firstkan, ikutkan saja. So, ingat, meyakinkan, bukan dressup macam nak ke club atau party-party liar, tu bukan meyakinkan, tu menghairahkan. Sebab kadang kala pakaian pun boleh jadi isu, biasanya benda ni sinonim dengan perempuan, aku tau kadang ada yang badan berpotongan gadis filem biru, kalau boleh nak bagi semua orang nampak benda tu, tapi bersesuaian la dengan situasi, sopan dan simple tu cantik, tak payah beriya-iya dan berlebih-lebih, supaya nanti tak menimbulkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak, tak semua orang boleh terima cara kita berpakaian, kalau kawan-kawan okay la kot, tapi kalau makcik-makcik? Kalau pakcik-pakcik gatai mungkin la mereka okaaaaay sangat. Kalau nak "dress to kill" tu kat luar-luar dah la kot, jadi sentiasa ingat, perlu bersesuaian dengan situasi, bukan suruh jadi hipokrit, tapi menghormati.

2. Sentiasa bersedia untuk segala tugasan dan pengetahuan yang baru.
Kadang tanpa kita sedar, kita dilabel bangang, sangat manja dan tidak bersedia dari jawapan kita, aku bagi contoh, Kakak: "Dik, kau tolong photostat benda ni".Budak Intern: "Errr...sorry la akak, tapi kat rumah saya takde mesin photostat la, pastu masa kat universiti pun saya bagi je kakak kat kedai photostat tu yang tolong buatkan". Ni la contoh jawapan bangang dan kurang membina, sebaliknya Budak Intern: "Baik lah akak, saya cuba, tapi terus terang saya cakap saya jarang sangat guna mesin ni, akak boleh tolong ajarkan?" (dengan senyuman seindah mentari pagi). Untuk firstime, mesti dia ajarkan, tapi kalau kakak tu marah, maknanya dia yang ada masalah, mungkin dia sedang menghadapi krisis pertengahan usia. Kalau dah 40 kali still nak dia ajar, anda sememangnya layak dimaki. So, sentiasa bersedia, tak sure, tanya kawan-kawan yang reti, atau orang-orang sekeliling, abis bangsat pun google la. Tapi AWAS! Jangan sesekali berlagak reti, power dan budget pandai gila babi sebab confirm orang naik meluat nanti.Contoh jawapan, Budak Intern: "Ahhhh! senang je ni kakak! suruh adik saya pun dia reti benda-benda macam ni" (sampai kat mesin photostat,terkebil-kebil tak reti kat situ). Jadi untuk sebarang situasi, boleh aplikasikan dengan jawapan-jawapan yang lebih membina.

3. Sentiasa bermanis muka dan jauhi politik office.
Sebagai mana yang kita ketahui, semasa di fakulti pun kita ada geng-geng kita sendiri, yang tak brapa nak okay dengan geng satu lagi. Kat office pun akan ada geng-geng tertentu, pandai-pandai lah bawak diri, jangan nanti kat yang cantik, lawa, hensem senyum sampai telinga. Kat yang tua-tua perut buncit, muka berkedut, buat muka macam tengah kulum gula-gula nano-nano. Biar la adil, tak rugi pun, lagi pun senyum tu kan sedekah? Kalau tak takkan Malique dengan Najwa buat lagu Senyum kan? Kalau ada kita dengar cerita pasal orang tu, orang ni, tak payah la rajin nak campur, cukup sekadar dengar, lepas 3,4 kali dah cerita, kita takdak respon yang menyokong atau menbantah, lama-lama senyap lah dia, kalau kita mudah berpihak pada siapa-siapa, sentiasa ingat balik tujuan kita masuk situ, ni bukan rancangan BOLOS yang kita nak kena pilih team merah ka, biru ka, lepaih tu nak bolos saja dinding itu? So, jadi neutral untuk lebih selamat. Kita kat situ nak belajar sebanyak mana yang boleh, kalau nak masuk geng mana-mana, baik berenti dan sertai mana-mana parti politik tempatan ataupun sebahagian pasukan multi level marketing.

4. Jangan malu untuk bertanya
Ni benda yang selalu kita buat, aku bagi contoh, kita masuk mana-mana kedai, tengok barang ni cantik, tapi takdak harga, pastu orang ramai dalam kedai tu, disebabkan atas dasar malu, kita pun melupakan hasrat kita untuk beli benda tu sebab malu. Adoooi...ni masalah, if kalau malu sangat pun susah jugak kan? Kalau ada benda yang tak clear, tak brapa nak faham, jangan malu, jangan segan, tanya. Tanya dan mengada-ngada jauh berbeza, kalau benda dah tau nak tanya jugak, tu nama dia mengada-ngada. Jadi sila elakkan. Kita tengok dulu, dengan sapa kita berhadapan dan macam mana cara orang tu, Sesetengah orang dia tak suka kita tanya, yang dia tau, kerja tu siap. Tapi sesetengah orang pulak dia suka kita bertanya, supaya dia boleh bercerita dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara tu. Pandai-pandai lah tengok macam mana orang yang kita berhadapan tu. Pernah tak baca paper, dia tulis seorang remaja mati dicekik kerana bertanya? takdak kan? haaa...oleh yang demikian bertanya jika kurang pasti.

5.Jangan mengelabah dan mencapap(mencari publisiti murahan) 
Bagi aku ni part yang paling penting dan kerap-kerap kali orang buat. Belum pun start Intern, dah ada status kat twitter ke, facebook ke, "Eeeee...takutnyew nak start intern kat ASTRO esok! Wish me luck k kawan-kawan?" Sorry to say la, but u guys make ur self look like a stupid! Ni pendapat aku, rilek sudah, tak payah nak mengelabah lebih la, intern ja pun kan? Lepas tu dah ada kerja kena buat, snap gambar, post kat facebook, "this is my first presentation" Apa yang cuba nak bagitau ni? Power gila boleh buat presentation?Tapi kawan-kawan yang lain tak berpeluang buat macam tu? Tak pun status macam ni "penatnyew kerje hari ni, banyak sangat kene pg merata-rata la...boss ni kan, saje nak manje-manje dengan I lettew" Ni sumpah fucking bimbos bodoh yang langsung tak berfikir bagi aku, seriously, kita kat situ nak belajar sebanyak mungkin tau, bukan nak berlagak sebanyak mungkin, salah ke kalau kita humble? cool sikit? tak berlagak? tak show off nak tunjuk banyak mana kita buat kerja? kalau nak berkongsi tak salah, tapi bukan macam ni la cara dia. Bersederhana tu lah yang terbaik, ingat lah, kita just intern kat situ, bukan CEO, kita dinilai dengan sejauh mana kita boleh buat kerja, bukan sebanyak mana kita mampu post update kat facebook tentang perjalanan dan perkembangan company kita. Banyak mana kita post pun, ianya takkan menjamin kita untuk dapat kerja kat tempat intern kita tu. Aku cakap berdasarkan fakta dan bukti. Percaya la, kalau tak, try la gedik-gedik macam tu nanti.  Bak kata adik aku, mohon jangan gedik sampai mintak debik.

Jadi ni just 5 tips peringkat permulaan, aku akan sambung tips-tips yang lain dalam Revolusi Internship part II. Sentiasa ingat kita bawak nama Intitusi Pendidikan kita, nama baik keluarga, dan kita bawak nama kita sekali. Biar orang nilai kita atas pencapaian kita dan bukan penyampaian kita. Jangan sebab kerana kita bangang seekor, habis semua lecturer dan kawan-kawan kita semua turut bangang sebelanga. Semoga bertemu lagi dilembaran seterusnya, John Bear out!

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...  

1 comment:

  1. teringat zaman praktikal plak!
    1st day never be better, huhuhuh.. :/

    ReplyDelete