Thursday, March 01, 2012

Freaking Psycho Maniac

Ok, hari ni satu haribulan, aku tak tulis entry ni sebab aku abang long tiga line atau pun polis berpangkat sarjan. Dikala orang lain seronok membanjiri restoran-restoran mahal dan gembira berbelanja wang bonus mereka, aku pula sibuk bertanya pada diri tentang kehidupan. Bunyinya agak dramatik dan kurang normal. Aku jarang menulis dengan corak penulisan seperti ini, tapi tah, rasa nak menulis jadi, aku tulis. Aku kadang-kadang tertanya, macam mana pandangan aku di mata manusia, mungkinkah orang gila yang mempunyai cita-cita, atau remaja bodoh yang tak punya apa-apa harta? Tak mengapa lah, hak mereka bukan? Sering disalah erti tu dah jadi makanan ruji aku, cakap macam ni, orang ingat macam tu, bagi cadangan, orang cakap nak tunjuk pandai, cuba berubah, orang cakap pura-pura, cuba nak membantu, orang kata ada makna la tu.

Ternyata aku tengok benda dari sudut yang teramat berbeza, yang membuatkan aku sering dituduh gila. Tapi ada setengah-setengah tu, masa susah baru la nak cari si gila ni. Kesimpulan yang aku boleh buat, orang kita ni ramai menilai dari apa yang mereka nampak, compare dari apa yang mereka tahu. Aku bagi contoh, sebab aku selekeh, aku ada ideologi aku sendiri, aku menulis untuk mengexpresikan rasa, berpewatakan kurang malu, aku datang dari keluarga sederhana, banyak bercakap dan mempersoalkan benda-benda yang orang tak pernah peduli nak fikir, suka mengkritik kesimpulan dia GILA. Aiseeeyyyy...kalau yang stakat skolah rendah ka, sekolah kampung sampai darjah 3 ka, aku boleh lagi la abaikan, sebab mungkin dia tak terdedah pada dunia dan tak boleh nak nilai dgn nyata. Ni ada yang blajaq tinggi, pegawai kerajaan, anak-anak orang berjawatan tinggi dan berada, isteri dan suami solehah, orang-orang cerdik pandai agama, lulusan luar negara, skorer-skorer dan dekan-dekan setiap semester dan ramai lagi lah. Takkan mudah sangat mendifinisi manusia seperti aku macam tu? Kamon laa..u guys are much more better then this! 

Ok, mungkin aku kena berpenampilan kemas, rambut terurus rapi, diwarnakan sedikit bagi menampakkan ke modenan dan mengikut arus semasa, duduk dan bersembang pasal clubbing, kereta, gadis, arak, judi, zina, freemason, illuminati, video bodo youtube, cerita celebrity barat, fashion, masalah cinta orang ni, masalah cinta orang tu, gadget-gadget canggih, jenama-jenama masa kini, drama romantik terkini tv3, then lepak sampai ke pagi, subuh baru balik, sentiasa mengikuti peredaran zaman, ulang balik benda yang individu lain persoalkan macam burung kakak tua, atau cerita yang mereka dengar dari mana-mana,dan berlakon macam dia sendiri pecah kepala fikir benda tu, berkata-kata manis, kacak (ni bonus la), berkereta mewah hasil dari usaha bapak, duit yang sentiasa banyak, romantik (dengan tujuan), serba serbi tahu semua benda dan up to date. So, ni la yang di klasifikasikan sebagai contoh lelaki normal? ni yang terbaik untuk semua orang jadikan penanda aras bagi melabelkan seseorang itu normal atau pun tidak? Kadang aku pelik bila gay dan lesbian diterima dalam group-group tertentu sebagai normal? Sapa yang gila sebenarnya ni? 

Aku tak kata sapa-sapa, dan jarang kata kat orang tanpa sebab tertentu, tapi mentaliti kita dah nyata terpesong, contohnya lagi, orang bagi salam kat kedai makan, kita ingat orang nak mintak sedekah? Apa ni? kalau orang tak kemas dan takdak rupa sikit kita tuduh dia takdak prinsip hidup? Takdak wawasan dan takdak cita-cita? Bagi yang melabel orang dari segi macam tu, sudah-sudah lah, kenal dan dalami dulu isi hati dia, dengar sendiri cerita dan ilmu yang dia ada, baru nilai dia, aku tau, sebelum aku berhadapan dengan masalah ni, since dulu lagi dah ada masalah ni, berapa ramai rockers yang di label sampah masyarakat dulu, tapi diangkat sebagai lagenda rock terhebat masa kini? 

So, ni bukan isu baru lagi, just kesedaran amat ditagih, bukan untuk aku, tapi untuk generasi akan datang yang confirm-confirm mesti ada sorang dua bakal dicop dengan label yang sama, tak perlu lah memuji, jauh sekali mengharap simpati, tapi cukup la sekadar memahami golongan di luar kotak ini, tak mintak pun saudara dan saudari meninggalkan kotak selesa itu, cukup lah sekadar tidak mudah melabelkan seseorang sebelum kita betul-betul faham dan mengenali dia lagi, cukup sampai disini dahulu, terima kasih buat mereka-mereka yang buat aku sendiri kadang kala bertanya pada diri aku, gila kah aku? tak normal sangat kah aku kerana aku menulis? Takpa la, aku tak lekang dek kata-kata dan tak mati dek hina. Kalau itu cuma cara yang boleh buatkan mereka bahagia, ketawa dan yakin mereka majoriti yang benar dan bijak mengadili. Aku tak perlu jadi normal untuk yakinkan sesiapa, cukup sekadar mampu terima aku seadanya. Jadi aku tinggalkan entry ini dengan satu soalan dan tanda tanya, dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon diampunkan dan bertaubat, tapi dosa kita dengan menghukum dan melabel seseorang yang kita tidak kenali hati budinya?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

4 comments:

  1. Saya suka dan respect cara awak berfikir. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. good job john bear...ngeee=)

    ReplyDelete
  3. skorer-skorer dan dekan-dekan setiap semester dan ramai lagi lah. Takkan mudah sangat mendifinisi manusia seperti aku macam tu? Kamon laa..u guys are much more better then this!
    ---> kerana mereka..meniru time exam :D

    ReplyDelete