Friday, January 06, 2012

Garisan Pemisah Keikhlasan

Semalam aku berbicara tentang kehidupan, tentang perjuangan dan erti pengorbanan. Definisi pengorbanan itu luas dan ada kalanya bermakna atau sia-sia. Kenapa ada diantara mereka yang sanggup berkorban hingga membabitkan nyawa? hingga tunggang langgang hidup harian mereka? hingga kabur perjalanan hidup mereka? Apa yang mereka rasa? Apa yang mereka cuba buktikan? Lumrah kejadian manusia itu berbeza, tujuan asal pengorbanan itu juga kadang kala pelbagai corak, agenda dan  muslihat. Ada yang mengejar nama, ada yang cuba menarik perhatian, ada yang cuma ikut-ikutan, ada yang untuk kepuasan tapi tak semuanya bertulangkan ikhlas kan?

Mengapa berkorban bila tidak dihargai? Mengapa berkorban bila untuk dibenci? Mengapa berkorban bila mahu mengeluh itu ini? Orang boleh bercakap, bercerita, malah lebih ramai yang menghukum tanpa tahu isi cerita sebenarnya. Mengapa mereka tidak mahu bertanya? menyelami rasa atau bertukar rahsia? Biarkan mereka mencari jalan mereka sendiri, kepuasan mereka sendiri, andai pengorbanan itu bermakna, segala yang dihajati akan dipenuhi, jika tidak, biarkan lah ia terkubur sunyi.

Satu hari nanti, mereka akan duduk disudut ini, menyaksikan kebodohan yang mereka perjuangkan, kesungguhan yang sia-sia dan pengorbanan tanpa makna. Sudah lah hati, berfikir dan kembali lah memuji, sudah lah menanti janji yang tak pasti dan sudah lah menunggu yang bukan milik diri. Berkorban? perlu bila hala tujunya pasti, perancanganya terperinci, dan rasa itu dihargai. Behenti lah menyakitkan diri, membunuh segala memori, dan berkurung mengharapkan simpati. Andai esok masih ada lagi, bangun, bersyukur dan ayuh berlari, kembali mengejar cita-cita tak pasti untuk mereka yang lebih menghargai.

yaa...aku masih diudut itu, memerhati dan terus memerhati...



No comments:

Post a Comment