Saturday, December 07, 2013

Kangaroo

Kau bilang
hati itu telah lama rosak
cuma mereka yang tak nampak

Kau bilang
hati itu tidak percaya lagi
jadi kau pilih untuk membenci

Kau bilang
hati itu sudah jemu
terus kau tak bisa lagi menunggu

Kau bilang
hati itu sudah cukup letih
mana mungkin ada yang terpilih

Kau bilang 
hati itu telah penat
semakin hari semakin tenat

Lalu kau pinta aku berjanji
Agar sentiasa disisi menemani
Buat kau kembali percaya dan berseri

Yaa...benar aku setuju
Lalu aku serahkan segalanya
Walaupun dulu berkali pernah kalah
Jatuh, luka aku bangun semula
Untuk cuma sekeping percaya

Kini kita dekat
Tapi jarak kita semakin jauh
Kau pinta aku jangan mengalah dan hilang
Kau pinta aku bertahan seketika dan terus berjuang

Tapi...izinkan aku bertanya
Benarkah kau tak mampu lagi percaya
Atau kau sebenarnya sendiri belum cukup sedia?


Yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...



Thursday, November 14, 2013

Dahaga

Aku terjaga
Hujan lebat
Aku termimpi kamu
Mungkin terlalu rindu
Aku dahaga
Aku minum laju-laju
Dengan harapan
Ingatan itu turun dan berlalu
Ternyata ianya palsu
Tidak berlaku
Bukan air penghapus dahaga itu
Tapi rindu
Yang dalamnya itu ada kamu


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...






Saturday, October 05, 2013

Zalikha





Dalam setiap rindu-rindu aku 
ada kamu

Dalam setiap memori-memori aku
ada kamu

Satu rasa yang takkan sempurna
Satu cinta yang takkan terlaksana

Hari ini aku kumpulkan segalanya
Aku mahu tamatkan semua

Cukup...cukup sampai sini saja!

Hati ini juga ingin gembira
Hati ini juga ingin bahagia

Tiada lagi kamu yang aku tunggu
Tiada lagi rindu yang bakal bertamu
Tiada lagi namamu dalam doa-doa ku



Setelah selesai membaca puisi ini di acara Puisi Satu Petang 9 Shah Alam, aku curahkan minyak petrol keatas sebuah kotak yang dalamnya berisi semua memori yang pernah aku simpan dulu, tiket wayang, resit-resit, bunga dan segala-galanya yang pernah ada tentang dia, dalam kotak itu bukan saja ada pelbagai benda, tapi juga harapan, cita-cita, ketawa dan airmata. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku tamatkan semuanya. Mungkin aku sudah menunggu untuk satu jangka masa yang cukup lama. Setelah ianya marak terbakar, aku iringi api itu dengan sebuah lagu Melda Ahmad yang bertajuk "Putus" terus dari hati yang kecewa kepada telinga-telinga yang simpati, moga api itu tidak terbakar sunyi pada hari jadi mu yang tidak lagi bakal dirai.


yaa..aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




Thursday, September 19, 2013

Bising II

Kau selalu bising
Katamu mata ini gatal
Sering lihat gadis tanpa gagal

Kau selalu bising
Katamu aku selalu tunjuk hebat
Untuk buat gadis lain terpikat

Kau selalu bising
Katamu aku tak pernah kemas
Sering buat kau rimas

Kau selalu bising
Katamu diri ini tak seria
Dengan orang lain sentiasa ceria

Kau selalu bising
Katamu perangai macam budak-budak
Masa depan kita makin tak nampak

Saat kau tinggal aku
Aku sunyi dan sentiasa merindu
Yang aku rindu cuma satu
Bising-bising kau tanpa jemu


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...




Wednesday, September 18, 2013

Tuesday, August 20, 2013

Bising

Apa kau fikir hati itu punya bunyi?
Mampu bising rayu simpati?

Dia juga punya cara sendiri
Memerhati
Memuji
Merindu juga dalam sunyi

Apa kau fikir kata-kata saja punya makna?
Lidah saja mampu ungkap segala?

Pernah kau tanya soal hati?
Detik hilang segala peduli?
Saat putus segala janji
Berharap kau takkan pergi
Dan sentiasa kembali?

Bising hati itu dalam bisu
Menjerit ia tanpa lagu
Pinta kau amati suara rindu
Yang sering bertamu
Tanpa jemu
Yang cuma mahu kamu


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...



Thursday, July 11, 2013

Wiseacre



Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi, aku tak menulis puisi kali ini, cuma ada cerita yang mahu aku kongsikan untuk pedoman dan juga mungkin sedikit pengajaran dari pengalaman. Macam yang boleh nampak, aku ada post gambar ni dekat instagram aku sehari sebelum puasa bermula. Macam biasa lah, kalau takdak masalah, takkan lah ada cerita kan? Jadi, tak sampai beberapa minit aku post, ada individu yang jelas tidak berpuas hati dengan gambar ini (padahal ni instagram aku kot kan?). 

Hujah yang cuba diketengahkan berbaur tidak puas hati bila ada hashtag yang aku senaraikan ada terselit #fake #girl atau mungkin lebih tepat disalah erti sebab aku letakkan bersebelahan kedua-dua perkataan itu. Apa yang dipersoalkan ialah berbunyi begini "Orang upload gambar pergi makan, pergi mall boleh pulak, kenapa pegi masjid je orang kata fake? #niatkeranaAllah." (sesungguhnya, aku tidak menambah walau satu perkataan pun dalam ayat ini). Secara logik akalnya, aku tak sebut langsung orang pergi masjid fake, ditambah lagi, cuba baca dan fahamkan apa aku tulis? Takpa lah, mungkin dalam diri gadis ini, terselit naluri srikandi yang benar-benar mahu mempertahankan sesuatu atau mungkin dia butthurt sebab tak bleh nak post gambar malam tu kot. 

Setelah sering membalas dan memerli, tiba-tiba keluar statement yang aku rasa lari langsung dari tajuk perbalahan, antaranya ialah "hang kan semua benda hang tau" dan lagi satu dia membalas comment kawan aku sorang ni yang berbunyi "I tau ur level of education tinggi. Jangan layan sangat, nanti kita pun sama macam tu". Aku masih lagi ok dan cuba membalas seIslam mungkin (walaupun aku tak pernah claim yang aku ni sgt islamic) yang lebih merancakkan keadaan, adik kepada minah ni print screen benda aku post ni, dan post kat Instagram dia, dan buat caption "Apa pendapat korang tentang lelaki macam ni?" Damn! aku rasa hak berinstagram aku dicabuli, tapi takpa, demi mempertahankan niat aku, aku sound minah tu, macam biasalah, corak pergaduhan minah ni aku tak minat, sebab macam bergaduh dengan budak darjah satu, tiada fakta, unsur pengulangan dan cuma individual attack yang bagi aku agak bangang dan tak relevan. 

Sebagai jalan penyelesaian yang terbaik kepada kedua-dua individu adik dan kakak ini, diorang delete aku dari semua akaun social networking diorang, dan tukar kepada mode private. Nampak tak permainan dia mcm mana? So that nanti if nak kutuk aku, boleh buat belakang-belakang tanpa diketahui oleh aku kan? Hahaha..Jadi aku akan berkongsi sedikit pendapat tentang isu ni. 

Baik, tujuan aku mempost gambar ini ialah kerana ingin bersikap sarkastik terhadap situasi yang sering diambik kesempatan dan dijadikan trend oleh sesetengah pihak, benda ni dah pernah jadi banyak kali pun, jadi aku menggunakan pendekatan yang lebih bersahaja dan bersifat sinikal. Aku taktau pulak yang benda ni boleh dijadikan bahan untuk mewujudkan permusuhan? atau mungkin dengan kata yang lebih radikal, boleh disabitkan dengan Akta Hasutan 1948? Buat pengetahuan pembaca, aku faham dengan semua akta hak kebebasan bersuara, kerana aku mempelajarinya dengan detail ketika di bangku institiut pengajian tinggi dahulu. Jadi tak payah lah terlampau prihatin sangat nak argue dengan aku tentang benda yang sekecil ini. In fact aku rasa, orang-orang yang baru nak belajar bab-bab agama ni sangat mudah melantun macam bola pingpong dan tak dapat menerima sebarang jenis mesej berbaur sarkastik. 

Aku dipandang seolah-olah memperlekahkan agama, jadi aku ingin membidas semula setiap ketidakfahaman yang wujud dalam minda kedua-dua orang gadis ini. Untuk makluman, aku akan sertakan beberapa contoh yang aku pernah pelajari sebelum ini, untuk membezakan kedudukan fahaman kita terhadap sesuatu. Islam itu mudah, dan setiap amal ibadat yang kita lakukan itu, diantara kita dan Tuhan sahaja. Tuhan tidak meletakkan perantara yang bakal menilai setiap perbuatan kita itu, kerana Allah sendiri bakal menilainya, jadi mengikut famaham aku yang jahil ini, ibadah itu bukanlah bahan tontonan dan perlu semua orang tahu yang kita ni kuat sembahyang, rajin pergi masjid, rajin bersedekah. Sehinggakan ada diriwayatkan satu kisah, dimana malaikat bertanya tentang kejadian Tuhan yang paling hebat, dan diakhiri dengan jawapan dari Tuhan sendiri iaitu "Ada...iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat Al-Tarmizi)" Jadi aku yang bodoh lagi hina ini, ingin anda yang sedang membaca membuat kesimpulan sendiri.

Bagi aku, masalah yang berlaku sebenarnya ialah different school of thought, macam mana cara kau dibesarkan dan macam mana cara kau memahami sesuatu perkara itu, kalau tak faham apa tu school of thought, google...sebab banyak lagi ilmu didunia ni yang perlu dipelajari, aku diperlekehkan seolah-olah tidak mempunyai ilmu pengetahuan langsung, takpa, aku tak marah sikit pun, sebab kau siapa nak nilai? Kalau aku boleh bertanya, aku akan tanya kau berada di level yang mana sehingga kau mampu untuk meletakkan perbezaan ilmu antara kita itu. Syariat? Tarikat? Hakikat? Makrifat? ataupun sudah ke tahap Al-Arifbillah? Aku pasti kalau aku suruh hurai satu-satu tingkat ilmu ni pun terkebil-kebil lagi dua orang tu nak jawab. Tapi takpa, ilmu itu hak Tuhan. Aku tau, dengan nada memerli yang aku tau semua benda tu, nak menunjukkan dia lagi tau semua benda, dan aku ni, jahil. Takda masalah, pernah tak dengar cerita macam mana Nabi Musa a.s dibash oleh Tuhan sebab dia mengaku dia yang paling berilmu? Dan dia kena pergi cari Nabi Khidir, dan masa dia dengan Nabi Khidir pun dia kena lagi? Taktau jugak cerita ni? Google. Aku harap sangat entry aku kali ni, dua-dua minah tu baca.

Kalau aku yang jahil ni, nak mewujudkan persengketaan pada hari pertama bulan yang mulia, mungkin tak pelik, sebab aku kan yang tak berilmu tu? so tak kisah sangat, tapi dua orang individu yang aku kira berpengetahuan luas ini mahu meneruskan persengketaan agak pelik, kerana mereka berdua yang aku nampak dan faham mengamalkan cara hidup "Islam is the way of life" kenapa tidak dengan penuh hikmah nasihatkan aku, atau berbincang dengan pendekatan Islam yang lebih istiqamah? Pelik kan? Manusia, biasa lah, kita kadang guna agama bila kita nak dan perlu sahaja. Andai tak faham lagi, boleh baca kisah Perang Jamal yang berlaku diantara Aishah, isteri nabi dan Saidina Ali. Cari maksud sebenar yang terkandung disebalik kisah tu, pelik juga sebenarnya bila orang bodoh dan jahil macam aku ni boleh fikir benda mudah macam ni.

Semoga Tuhan merahmati kedua-dua mereka ini, dan mengurniakan sedikit nilai-nilai rileks dalam jiwa mereka supaya mereka boleh menerima mesej sarkasitik yang bersifat umum dan tidak ditujukan kepada individu tertentu. Jadi aku tamatkan persengketaan dengan berdiam kerana berpegang pada prinsip yang aku amalkan sejak dulu lagi, dua jenis manusia yang tidak perlu dimusuhi ialah satu orang yang lebih pandai dari kita dan satu lagi orang yang lebih bodoh dari kita. Kadang kala bila kita semakin banyak beramal ibadat, kita akan rasa yang kita semakin hampir dengan Tuhan dan dengan tidak sedar kita akan merendahkan orang lain yang kita rasa kurang amal ibadatnya. Btw, aku tak perlukan ustazah tanpa tudung dan rambut berwarna untuk ajarkan aku tentang hukum-hukum agama.

Jadi sebagai manusia yang sering dituduh jahil, tidak beragama, dan bangang ini aku tinggalkan sebaris ayat untuk difikir "Ilmu yang dipelajari itu untuk diamalkan dan bukan semata-mata untuk disampaikan" 


yaa...aku masih disudut itu, memerhati dan terus memerhati...



Wednesday, June 19, 2013

Rare Breed

Koi  : Hye awak, kenapa lari-lari? Saya nak cakap je pun.

Aok : Semak la..kau nak apa?

Koi  : Hurmm...saya nak kawan je pun, tak boleh?

Aok : Kawan? Kawan je la..tapi kenapa kau nak kawan dengan aku?

Koi  : Saja...Sebab saya suka awak?

Aok : Suka? Semua orang pun suka aku, dia suka aku, dia suka aku haa..

Koi  : Hurm...awak, nak nombor boleh?

Aok : Nak buat apa nombor aku? Kau ada pen?

Koi  : Takde laa...Jap nak cari..

Aok : Dah-dah, tak payah, ni ada marker

*sambil tercari-cari kertas dalam beg galas, dan akhirnya jumpa tiket wayang dalam purse. Dia mula tulis sesuatu pada tiket tu.

Aok : Nah!

Koi  : Terima Kasih awak...Eh, awk tulis apa ni?

Aok : Tu sign aku...simpan elok-elok

Koi  : errkkk...*facepalm! 


p/s : Species ni masih wujud lagi kat bumi, percaya la, aku dah jumpa satu...EXOTIC! 


yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




Wednesday, May 29, 2013

Eulogi

Maafkan aku
Semakin tak punya banyak waktu
Sedang berhadapan dengan sesuatu
Yang belum tentu mana arah tuju
Sama ada aku
Atau dia yang bakal pergi dahulu



yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...



 

Tuesday, April 16, 2013

Orang Orang Macam Saya

Orang-orang macam saya,
Buat orang-orang macam awak rasa baik

Orang-orang macam saya,
Buat orang-orang macam awak rasa cantik

Orang-orang macam saya,
Buat orang-orang macam awak rasa layak ke syurga

Awak tau apa beza kita?
Orang-orang macam saya jujur dalam kehidupan
Tapi orang-orang macam awak cuma dambakan pujian dan perhatian

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...





Sunday, March 31, 2013

Bulan Celaka

Setiap hari ada cerita
Setiap bulan ada kisah
Kau tahu kenapa aku bisu kenapa?
Sepanjang March aku lemas

Ditipu rasa dan percaya
Ditipu manja pada mata
Ditipu mereka yang lebih muda
Celaka!

Kenapa dan kenapa?
Setelah bangun dari rebah
Dipaksa jatuh semula
Lebih luka dan parah

Celaka!



yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...



Wednesday, February 27, 2013

Kita

Mereka kata kita gila
Tengok awan boleh ketawa
Mana mungkin mereka percaya
Bila aku kata kau cuma aku punya?

Kau tgk bumi
Dia berputar sendiri
Atas paksi dia tak lari
Macam tu jugak hati

Kau nak soal takdir Illahi?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...







Friday, February 01, 2013

Sayang vs Janji

Akan datang satu masa nanti
Kau dihimpit situasi
Antara sayang dan janji

Kau pilih sayang
Kau mungkir janji
Kau bakal hilang segala teman sejati
Yang selama ini disisi
Dari dulu hingga kini          

Kau pilih janji
Kau bakal dituduh tak sayang lagi
Kau pentingkan diri
Mana hilang janji sehidup semati
Tiada lagi teman selamanya nanti

Sekarang kau pilih
Rasa macam separuh mati bukan?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Tuesday, January 22, 2013

Kau tahu?

Kau tahu
aku ada masa kau berduka
saat air mata itu sebati dengan tanah

Kau tahu
aku ada masa kau gembira
saat hilai tawa mu itu megah mengunyah masa

Kau tahu
aku ada masa kau kecewa
saat kau mahu gadaikan nyawa dan dunia

Kau tahu 
aku ada masa kau berjaya
saat kau meniti awan tanpa sebarang resah

Pernah kau tahu?
aku ada dalam semua waktu?
tapi kau tak peduli dan tak pernah perlu aku?

yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...




Thursday, January 10, 2013

Ah Moi

Biar sepet mata
Janji dia jelas lihat dunia

Biar pelik bahasa
Janji dia faham makna rasa

Biar merah rambut
Janji dia tak kelam kabut

Biar singkat baju
Janji dia tak cetek ilmu

Biar leper dada
Janji dia kenal mana pahala

Kau siapa nak hukum dia ke neraka? 



yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati